27 Februari 2022 – Penganjuran Konsert Sape sempena program Citrawarna Keluarga Malaysia 2022 bakal menyaksikan satu lagi catatan sejarah bakal tercipta dalam Malaysia Book of Records (MBR).

“Ia akan diadakan pada malam penutup program tersebut pada 27 Februari 2022.
Konsert ini akan menghimpunkan seramai lebih 200 orang pemain, iaitu penyertaan terbanyak dalam satu-satu masa yang akan berlangsung selama 2 jam tanpa henti.
Ia melibatkan nama-nama besar dalam muzik sape seperti Mathew, Jerry Kamit dan pelbagai kumpulan dari seluruh Negeri Sarawak.” kata Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dalam satu kenyataan media yang diedarkan semalam.
Selain konsert Sape tersebut, pengisian menarik yang telah diatur sepanjang empat hari program Citrawarna Keluarga Malaysia 2022 ialah Konsert Sape, Festival Kraf Sarawak, Peragaan Busana Kraf Tekstil Malaysia, Pameran Gastronomi, Demonstrasi Food Fusion Negeri-negeri, Food Bazaar, Treasure Hunt, Persembahan Bunga Api dan Muzikal Water Fountain, Festival Gendang Sarawak serta pelbagai pameran dan jualan.
MOTAC bersama Kerajaan Negeri Sarawak menganjurkan program tersebut selama empat (4) hari bermula pada 24 hingga 27 Februari 2022 bertempat di Kuching Waterfront, Sarawak. Majlis bertemakan ‘Temasya Kepelbagaian Budaya’ itu diadakan secara fizikal dengan pengamalan norma baharu.
- Build Mental Resilience and Mindfulness to address Mental Health
- Kembara Sains Borneo Siri 2 berjaya dekati Komuniti bagi meningkatkan minat dalam bidang Sains, Teknologi dan Inovasi
- Green SM reaches the six millionth ride
- GSM officially launches electric scooter ride-hailing services in Ho Chi Minh City
- Bybit and Max Verstappen Extend Grand Prix Triumph with Unforgettable Fan Celebration in Japan
Leave a comment