26 Februari 2022 – Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Polis Diraja Malaysia (PDRM), CP Dato’ Azri bin Ahmad memaklumkan bahawa seorang Orang Kena Tahan (OKT) yang merupakan warganegara Myanmar meninggal dunia pada 26 februari 2022 jam 2.22 pagi akibat COVID-19.
“Pada 25 februari 2022, anggota Balai Polis Jeram Perdah, Pasir Mas, Kelantan telah membuat tangkapan terhadap seorang lelaki warganegara Myanmar atas kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(C) Akta Imigresen 1959/63.
Ujian awal mendapati Orang Kena Tahan (OKT) positif COVID-19 dan telah dihantar ke Hospital Tanah Merah untuk rawatan lanjut.
OKT dimasukkan ke wad COVID-19 Hospital Tanah Merah, Kelantan pada 25 februari 2022 lebih kurang 4.00 petang dan pada 26 februari 2022 lebih kurang 2.22 pagi, OKT telah disahkan meninggal dunia.
Punca kematian adalah disebabkan OKT positif COVID-19.” kata beliau dalam satu kenyataan semalam.
Tambah beliau, Unit Siasatan Jenayah dan Kematian Dalam Tahanan (USJKT), Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS), Bukit Aman akan menjalankan siasatan kes kematian tersebut.
- OPPO Release 2022 Sustainability Report on World Environment Day
- Bybit Joins DMCC as Ecosystem Partner to Accelerate Development and Mass Adoption of Crypto and Web3
- PH-BN SEPAKAT FORMULA MENANG-MENANG UNTUK RAMPAS KEDAH
- PH-BN GABUNG FORMULA TAWAN KEDAH
- UNITEN OFFERS AFFORDABLE HIGH-QUALITY FOUNDATION PROGRAMMES FOR SPM LEAVERS
Leave a comment