Kesihatan @ My LNA

COVID-19 : Kes baharu sebanyak 30,644

89

26 Februari 2022 – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa status terkini kes COVID-19 di Malaysia pada 25 Februari 2022 adalah seperti berikut :

  • Kes sembuh: 22,678 kes [3,040,850 kes kumulatif (90.3%)];
  • Kes baharu: 30,644 kes (3,367,871 kes kumulatif);
  • Kes import: 257 kes [230  warganegara (89.5%); 27 bukan warganegara (10.5%)];
  • Kes tempatan: 30,387 kes [29,356 warganegara (96.6%); 1,031 bukan warganegara (3.4%)];
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 332 kes (144 kes disahkan COVID-19; 188 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan); dan
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan: 196 kes (84 kes disahkan COVID-19; 112 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan).

Dalam kenyataan akhbar hari ini, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dato’ Seri Dr. Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa daripada 30,644 kes harian yang dilaporkan pada 25 Februari 2022, 156 kes (0.51 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5 dan 30,488 kes (99.49 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Pecahan kategori kes:

  • Kategori 1: 9,557 kes (31.19%);
  • Kategori 2: 20,931 kes (68.30%);
  • Kategori 3: 91 kes (0.30%);
  • Kategori 4: 39 kes (0.13%); dan
  • Kategori 5: 26 kes (0.08%).

Daripada 156 kes COVID-19 kategori 3, 4, dan 5 yang baharu dilaporkan pada 25 Februari 2022:

  • 33 kes (21.15%) tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi;
  • 77 kes (49.36%) telah menerima dua (2) dos vaksin COVID-19 tetapi belum menerima dos penggalak (booster);
  • 46 kes (29.49%) telah menerima dos penggalak (booster);
  • 78 kes (50.00%) berumur 60 tahun dan ke atas;
  • 89 kes (57.05%) mempunyai komorbid; dan
  • 2 kes (1.28%) ibu mengandung.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBM @ MY LNAKesihatan @ My LNAUTAMA

Selangor catat bilangan lokaliti hotspot denggi tertinggi

PUTRAJAYA, 21 Julai 2024 – Pada Minggu Epidemiologi ke-28 tahun 2024, jumlah...

AMBM @ MY LNAKesihatan @ My LNA

Program kerjasama AADK-MAIS sediakan perkhidmatan rawatan dan pemulihan dadah

SELANGOR, 19 Julai 2024 – Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) bersama Majlis Agama...

AMBernamaBM @ MY LNAKesihatan @ My LNA

Penerbitan Summary Of The Malaysia National Cancer Registry Report 2017-2021

KUALA LUMPUR, 19 Julai 2024 (Bernama) – Kanser terus meningkat sebagai penyakit kronik,...