BM @ MY LNAEkonomi @ My LNAGaya Hidup @ My LNAPelancongan @ My LNAUTAMA

Forest City berpontensi sebagai hab pelancongan komprehensif – Tiong King Sing

176
Kredit Foto : Facebook Dato' Seri Tiong King Sing

JOHOR, 31 Mac 2024 – Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Dato’ Seri Tiong King Sing dan pasukan dari Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) telah turun ke negeri Johor bagi meninjau beberapa destinasi yang berpotensi dijadikan lokasi penganjuran Forum Pelancongan ASEAN 2025 (ATF2025).

Tahun hadapan adalah giliran Malaysia menjadi tuan rumah bagi acara berprestij tersebut.

“Pada akhir bulan Januari lalu, saya telah menghadiri ASEAN Tourism Forum 2024 yang diadakan di Laos. Penganjuran ATF2025 ini tentulah dapat menyumbang ke arah usaha kita dalam mempromosikan Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM 2026).

Lawatan kerja saya diiringi Exco Perpaduan, Warisan dan Budaya Negeri Johor, YB Tuan Raven Kumar a/l Krishnasamy” kata Tiong dalam satu hantaran di Facebook rasmi beliau.

Kredit Foto : Facebook Dato’ Seri Tiong King Sing

Kata Tiong lagi, hasil tinjauan di Forest City di Johor Bahru, pantai di negeri Johor menawarkan pemandangan yang memukau dan iklim yang menyenangkan. Justeru, beliau menyarankan kepada Raven Kumar bahawa ia harus dibangunkan sebagai kawasan komersial yang aktif dan menyediakan pelbagai aktiviti seperti hiburan keluarga, sukan air dan lain-lain yang mampu menarik lebih ramai pelancong ke Johor.

“Forest City, dengan keawasan seluas 5000 ekar, berpontensi menjadi hab pelancongan komprehensif dengan mengintegrasikan aktiviti riadah dan sosial, hartanah, pendidikan, perniagaan perubatan, kewangan dan sebagainya.

Ini dapat meraih pendapatan tinggi bukan sahaja bagi negeri Johor, malahan bagi Malaysia secara keseluruhannya.” ujar Tiong.

Tambah beliau, MOTAC bersama agensi-agensi akan terus bekerjasama erat dengan pengusaha-pengusaha industri pelancongan Johor, kerajaan negeri, dan pihak-pihak lain untuk sama-sama mencari jalan merangsang pembangunan ekonomi Johor.

Turut hadir dalam lawatan tersebut adalah Ketua Setiausaha MOTAC, Dato’ Roslan Tan Sri Abdul Rahman, Timbalan Ketua Pengarah (Promosi ll) Tourism Malaysia, Encik Lee Thai Hung dan Setiausaha Bahagian Dasar Pelancongan & Hubungan Antarabangsa (DPL) MOTAC, Cik Yong Ee Chin.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

Biz @ My LNABM @ MY LNAGaya Hidup @ My LNA

Gen Z Percaya Pempengaruh untuk Cadangan Tulen

71% Gen Z Guna Strim Langsung seperti Shopee Live untuk Pembelian Bijak...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Puasa Syawal: Gabung atau berasingan?

Oleh: Dr Ridzwan Ahmad Setelah berakhirnya bulan Ramadan dengan ketibaan Aidilfitri maka...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

AI Untuk Rakyat tepati konsep maqasid al-syari’ah

Oleh: Dr Ariyanti Mustapha Perkembangan teknologi yang berasaskan kecerdasan buatan atau AI...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Rantau Taiwan

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Rantau Taiwan pada pukul...