AMBM @ MY LNAEkonomi @ My LNAKewangan @ My LNAUTAMA

Pengecualian Cukai Perkhidmatan bagi Sektor Logistik dan Penyenggaraan

133

PUTRAJAYA, 31 Mac 2024 – Kementerian Kewangan (MOF) telah memperincikan skop pengecualian Cukai Perkhidmatan (CP) bagi membantu mengurangkan kesan langsung kepada kos sara hidup rakyat serta insiden cukai berganda bagi sektor logistik.

“Pengecualian Cukai Perkhidmatan bagi sektor logistik dan penyenggaraan telah disediakan atas keprihatinan Kerajaan untuk mengurangkan kos sara hidup rakyat dan pada masa yang sama, memastikan sektor perkhidmatan negara terus berdaya saing. Bagi terus memelihara daya saing negara, Kerajaan tidak mengenakan cukai perkhidmatan di kawasan zon bebas cukai (free zone),” jelas Menteri Kewangan II Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Lampiran

Peluasan skop pengecualian CP bagi sektor logistik

Bagi mengurangkan lagi impak kepada operasi harian aktiviti logistik, dan secara tidak langsung kepada pengguna, Kerajaan telah bersetuju supaya:

1. Pindaan dibuat kepada Kumpulan J: Perkhidmatan Logistik dalam Jadual Pertama, Peraturan-Peraturan Cukai Perkhidmatan 2018 iaitu Butiran 1(a) berkenaan perkhidmatan logistik dan Butiran 1(b) berkenaan perkhidmatan penghantaran atau pengedaran atau pengangkutan barang digabungkan sebagai satu butiran.

Melalui penggabungan ini, skop kemudahan pengecualian antara perniagaan (‘business-to-business’; B2B) telah diluaskan iaitu penyedia perkhidmatan logistik yang berada dalam Butiran 1(a) kini layak mendapat pengecualian yang lebih luas dengan tidak lagi perlu membayar CP ke atas perolehan perkhidmatan penghantaran atau pengedaran atau pengangkutan barang yang sebelum ini berada di bawah Butiran 1(b).

Sebelum ini, penyedia perkhidmatan logistik yang berada dalam Butiran 1(a) hanya layak mendapat pengecualian cukai ke atas perolehan perkhidmatan yang berada dalam Butiran 1(a) yang sama. (Sila rujuk lampiran untuk perbandingan Butiran di bawah Kumpulan J: Perkhidmatan Logistik.)

2. Semua perkhidmatan di bawah Kumpulan J: Perkhidmatan Logistik yang dibekalkan di dalam dan di antara Kawasan Khas/Kawasan Ditetapkan atau di antara Kawasan Khas dengan Kawasan Ditetapkan atau sebaliknya tidak tertakluk kepada kenaan CP kecuali perkhidmatan Ejen Kastam yang kekal dikenakan CP seperti layanan terdahulu. Oleh yang demikian, Zon Perdagangan dan Perindustrian Bebas seperti Port Klang Free Zone dan Pelabuhan Barat di Selangor serta Pelabuhan Pasir Gudang di Johor akan memperolehi manfaat daripada pengecualian ini.

3. Pengecualian daripada membayar CP ke atas caj perkhidmatan penghantaran laut (‘ocean freight’) bagi semua barang yang dihantar menggunakan mod pengangkutan laut, terhad kepada perjalanan/destinasi berikut:

a) Semenanjung Malaysia ke Sabah/ Sarawak/Labuan;
b) Sabah/Sarawak/Labuan ke Semenanjung Malaysia; dan
c) Perjalanan di antara Sabah, Sarawak dan Labuan.

Penambahbaikan ini susulan daripada peluasan skop pengecualian CP bagi sektor logistik yang diumumkan pada 11 Mac 2024.

Peluasan skop pengecualian CP bagi perkhidmatan penyenggaraan

Kerajaan juga telah bersetuju supaya pengecualian daripada membayar CP diberikan kepada perkhidmatan penyenggaraan yang berkaitan dengan perkara berikut:

I. Perkhidmatan pembaikan bangunan rumah kediaman;
II. Kumpulan wang pelepas (‘sinking fund’); dan
III. Perkhidmatan penyenggaraan berkaitan tanah atau bangunan bagi kegunaan kediaman yang disediakan oleh pemaju, badan pengurusan bersama, perbadanan pengurusan atau persatuan kediaman.

Ini bermaksud apa-apa perkhidmatan penyenggaraan dan pembaikan di premis kediaman seperti pembaikan bumbung rumah atau apa-apa peralatan dan kelengkapan yang menjadi sebahagian daripada premis kediaman seperti lif, penyaman udara serta sistem pemanas air tidak dikenakan CP.

Kenaikan kadar CP daripada 6 peratus ke 8 peratus yang berkuat kuasa mulai 1 Mac 2024 lebih menumpukan kepada aktiviti berkaitan perkhidmatan kemahuan (‘discretionary’) dan aktiviti antara perniagaan yang tidak melibatkan rakyat secara langsung. Ia tidak melibatkan perkhidmatan yang menjadi keperluan asas serta menjadi sebahagian daripada gaya hidup rakyat seperti makanan dan minuman, telekomunikasi serta parkir kenderaan.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAPendapat @ My LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Isu keciciran dalam pelajaran perlu ditangani bersama

Oleh: Dr. Samsul Farid Samsuddin Kementerian Pendidikan (KPM) melalui Timbalan Menterinya Wong...

Biz @ My LNABM @ MY LNAGaya Hidup @ My LNA

Gen Z Percaya Pempengaruh untuk Cadangan Tulen

71% Gen Z Guna Strim Langsung seperti Shopee Live untuk Pembelian Bijak...