BM @ MY LNAGaya Hidup @ My LNAPelancongan @ My LNAUTAMA

Tourism Malaysia Lancar Pakej Pelancongan Sarawak Delta Geopark & Gawai 2024

158

KUCHING, 2 April 2024 – Tourism Malaysia hari ini melancarkan Pakej Pelancongan Sarawak Delta Geopark & Gawai 2024 bagi mempromosikan keunikan produk pelancongan geopark serta sambutan Hari Gawai di Sarawak kepada pelancong tempatan dan antarabangsa.

Sebanyak 37 pakej pelancongan telah dibangunkan dengan kerjasama 13 operator pelancongan dari Sarawak dan Semenanjung Malaysia yang antara lain menawarkan lawatan ke geotapak, tapak biologi dan tapak budaya di sekitar geopark merangkumi daerah Kuching, Bau dan Padawan.

Antara pakej-pakej yang ditawarkan termasuklah Pakej Geological, Heritage & Exploration @ Sarawak Delta Geopark, Pakej The Hidden Prehistory & Geological Sites @ Sarawak Delta Geopark, Pakej Cloud Glamping @ Sarawak Delta Geopark, Pakej Nature & Cultural @ Sarawak Delta Geopark, Pakej Gawai Open House at Matop Longhouse, Pakej Babulang Festival in Limbang serta Pakej Irau Aco Lun Bawang Festival.

Kesemua pakej pelancongan tersebut telah dimuatkan di dalam sebuah risalah yang kini boleh dimuat turun di laman sesawang Tourism Malaysia iaitu www.malaysia.travel.

Pengarah Bahagian Pembangunan Pakej Tourism Malaysia, Encik Mohd Roslan Abdullah, berkata, pembangunan pakej tersebut merupakan sebahagian daripada usaha untuk mempelbagaikan pilihan destinasi pelancongan seiring dengan persiapan menyambut Tahun Melawat Malaysia 2026.

“Di samping itu, pembangunan pakej ini juga dapat memangkin ke arah usaha pemeliharaan warisan, sejarah dan budaya selain mempelbagaikan kegiatan ekonomi serta penglibatan masyarakat setempat bagi menjana sumber pendapatan,” katanya.

Pakej Sarawak Delta Geopark & Gawai 2024 dibangunkan susulan daripada penganjuran bengkel dan lawatan produk pelancongan selama 4 hari 3 malam yang diadakan dengan kerjasama kerajaan negeri melalui Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan (MTCP) pada 16-19 Oktober 2023.

Penganjuran bengkel tersebut turut mendapat kerjasama daripada Jabatan Hutan Sarawak, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Sarawak serta Tourism Malaysia Sarawak. Antara potensi pelancongan yang diteroka termasuklah tapak-tapak geopark menarik seperti Tasik Biru, Fairy Cave, Paku Rockmaze Garden, Rumah Panjang Annah Rais, Homestay Bung Jagoi dan Kampung Sapit (juga dikenali sebagai “Village Above The Cloud”).

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

Biz @ My LNABM @ MY LNAGaya Hidup @ My LNA

Gen Z Percaya Pempengaruh untuk Cadangan Tulen

71% Gen Z Guna Strim Langsung seperti Shopee Live untuk Pembelian Bijak...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Puasa Syawal: Gabung atau berasingan?

Oleh: Dr Ridzwan Ahmad Setelah berakhirnya bulan Ramadan dengan ketibaan Aidilfitri maka...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

AI Untuk Rakyat tepati konsep maqasid al-syari’ah

Oleh: Dr Ariyanti Mustapha Perkembangan teknologi yang berasaskan kecerdasan buatan atau AI...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Rantau Taiwan

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Rantau Taiwan pada pukul...