BM @ MY LNAGaya Hidup @ My LNASeni & Budaya @ My LNAUTAMA

Program IFTAR MADANI @BATU SAPI 2024 pupuk nilai murni dan jati diri generasi muda

361

SANDAKAN, 30 Mac 2024 – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) melalui Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negara (JKKN) dengan kerjasama Persatuan Penggiat Seni Industri Kreatif Kota Kinabalu (BAYU) berserta rakan penganjur dari pelbagai agensi menyemarakkan lagi aktiviti kesenian dan kebudayaan di Sabah bersama orang ramai dan pelancong di Tembok, Jalan Coastal, Sandakan, Sabah dalam penganjuran program IFTAR MADANI @BATU SAPI 2024 yang berlangsung pada 30 Mac 2024 bersamaan 19 Ramadan, bermula 4.00 petang sehingga 10.30 malam.

Program itu merupakan kesinambungan daripada pelaksanaan program Pelancongan Budaya (Culture Based Tourism) yang dianjurkan setiap tahun di Kuala Lumpur iaitu Iftar@KL dan pada tahun ini merupakan tahun ke-12 penganjurannya yang telah berjaya menarik seramai 35,000 pengunjung untuk bersama-sama dalam program Iftar@KL 2024.

“Program ini bertujuan untuk mengimarahkan bulan Ramadan serta mengangkat keunikan seni budaya setempat bagi memulihara dan mengekalkan warisan kesenian di samping usaha untuk menyemarakkan kebudayaan dan kesenian Islam kepada pelancong tempatan serta antarabangsa.

Program IFTAR MADANI @BATU SAPI 2024 ini juga merupakan program Iftar secara beramai-ramai dan terbuka yang julung-julung kali diadakan di luar daripada Kuala Lumpur iaitu di Sabah dan Sandakan menjadi destinasi bertuah terpilih sebagai penganjuran program Iftar pada tahun ini.” kata MOTAC.

Timbalan Menteri MOTAC, Tuan Khairul Firdaus Akhbar Khan berkata program Iftar Madani@Batu Sapi, Sandakan tersebut menyasarkan seramai 5,000 orang pengunjung yang akan hadir.

“Ianya juga merupakan salah satu pendekatan yang positif dalam memupuk nilai-nilai murni dan jati diri kepada masyarakat bandar dan khususnya generasi muda seperti contoh melalui aktiviti gotong-royong memasak bubur lambuk, program sukarelawan dan agihan bubur lambuk kepada golongan asnaf dan gelandangan.

Penganjuran program sebegini juga merupakan tanggungjawab sosial Kementerian ini ke arah mencerminkan kerajaan Madani demi kesejahteraan rakyat Malaysia,” kata Khairul Firdaus.

Antara aktiviti kebudayaan dan kesenian Islam yang telah disusun untuk pengunjung dan orang ramai selain majlis Iftar secara terbuka adalah jualan bazar ramadan, agihan bubur lambuk, ceramah dan forum agama, solat terawih berjemaah, persembahan nasyid dan qasidah oleh Sekolah Tahfiz dan Sekolah Pondok serta artis tempatan, Fiq Mentor.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAJomCheckUTAMA

Benar: Aplikasi Myresq Adalah Inisiatif Bantuan Awal Kepada Mangsa Serangan Jantung

Oleh : JomCheck Talian JomCheck baru-baru ini telah disoal tentang kesahihan sebuah...

Bencana Alam @ My LNABM @ MY LNADunia @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Laut Banda

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Laut Banda pada jam...