BM @ MY LNAGaya Hidup @ My LNAMuzik & Hiburan @ My LNA

Inteam Digital Meriahkan Ramadan dan Syawal dengan Penerbitan Album Quran, Nasyid dan Zikir

107

Sebagai salah satu label Islamik terbesar di Malaysia, Inteam Digital pastinya tidak membiarkan ketibaan bulan Ramadan berlalu begitu sahaja. Sebaliknya syarikat ini yang juga dikenali dengan nama Inteam Records Sdn Bhd telah menyusun penghasilan pelbagai jenis album termasuk Bacaan Al-Quran 30 Juzuk, Zikir, Nasyid dan tidak dilupakan juga lagu Raya.

Ketika ditemui dalam majlis Ramah Mesra Bersama Media baru-baru ini, Pengarah urusan Inteam Digital saudara Syah Inteam menyatakan “Menjelang Ramadan tahun ini kami menerbitkan beberapa single utama iaitu bermula dengan Asma’ binti Abu Bakar nyanyian Mateen, diikuti Rabiatul Adawiyah 2024 yang menampilkan kolaborasi Inteam dan Khai Bahar diikuti album Zikir Munajat alunan Ustaz Khairul Anuar Al-Hafiz dan inshaAllah akan terbit album nyanyian semula lagu-lagu raya malar segar yang disampaikan oleh artis-artis Inteam Digital, kami turut mengedarkan secara digital single baru Amer binYusoƯ (Ex-RuƯedge) berjudul Lebih 1000 Bulan”.

Hazamin pula menambah “Jika tahun-tahun yang lalu kami telah melancarkan album bacaan Al-Quran 30 Juzuk oleh Ustaz Khairul Anuar Al-Hafiz dan Sheikh Abdelrahman Monis Al-Laithy dari Mesir, tahun ini pula kami akan melancarkan album 30 juzuk penuh bacaan Sheikh Asfandyar Dilawar yang merupakan Qari dan Imam dari Pakistan
serta Syeikh Moutassem Billah, Imam dari Syria iaitu bacaan Al-Quran 30 juzuk. Bahkan inshaAllah beberapa Qari tempatan lain juga sedang giat merakam Bacaan Al-Quran 30 juzuk untuk dilancarkan pula pada tahun-tahun akan datang.”

“Untuk makluman, Inteam Digital telah mengeluarkan lebih 1300 video Islamik di rangkaian Youtube kami dan menyasarakan jumlah 1,000,000 (sejuta) langganan akan dicapai pada tahun 2024 ini. Tidak dilupakan juga audio dan video terbitan kami terdapat di seluruh platform digital utama seperti Spotify, Deezer, Apple Music dan lainlain.” Tambah Rahim pula.

Ditanya mengenai tujuan Majlis Ramah Mesra Media ini diadakan, Syah Inteam menjawab “Tujuan kami selain meraikan semua berbuka puasa, kami ingin menyatakan penghargaan kami kepada pihak media yang terus menerus menyokong ami dan karya-karya terbitan kami. Selain itu juga kami ingin meraikan artis-artis edaran dan terbitan kami seperti Mateen, Qari Husaini, Qari Zakiy Hanafi, Ustaz Khairul Anuar AlHafiz, Ustazah Sofizah dan ramai lagi”

Majlis Ramah Mesra Bersama Media anjuran Inteam Digital pada 20 Mac 2024 telah berjalan dengan meriah di D’Intan Crystal Grand Hall, Bandar Sri Damansara turut dihadiri para wartawan, media, artis dan kakitangan Inteam Digital dan keluarga.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

AI Untuk Rakyat tepati konsep maqasid al-syari’ah

Oleh: Dr Ariyanti Mustapha Perkembangan teknologi yang berasaskan kecerdasan buatan atau AI...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Rantau Taiwan

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Rantau Taiwan pada pukul...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Beragamalah dengan ilmu

Oleh: Prof Madya Dr Mohd Anuar Ramli Pada masa kini, umat Islam...

BM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAPolitik @ My LNA

Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Negeri Selangor di KKB Boleh Jadi Satu Kesalahan Pilihan Raya

Dikeluarkan oleh: Jawatankuasa Pemandu BERSIH Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) merujuk kepada...