Alam Sekitar @ MY LNABM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNA

Isu REE – Kerajaan Negeri Perlu Segera Perjelas Dakwaan

138

ALOR SETAR, 17 Julai – Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, seharusnya menyiasat kepincangan yang berlaku dalam pentadbiran dan bukannya menangkis sebarang dakwaan dengan mengaitkannya sebagai fitnah.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, PAS juga dilihat sengaja memainkan naratif mendakwa Muhammad Sanusi difitnah berhubung isu kecurian Unsur Nadir Bumi (REE) di Sik.

“Sebab itu Muhammad Sanusi wajar perjelaskan setiap dakwaan, termasuk persoalan yang dibangkitkan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail untuk memberikan gambaran tepat berhubung isu tersebut.

“Kenyataan Saifuddin dibuat di pentas terbuka malah ada dokumen yang menyokong persoalan dibangkitkan, beliau ada fakta jadi tak timbul fitnah,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Mahdzir diminta mengulas kenyataan Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Ahmad Yahaya yang menyelar tindakan Saifuddin yang didakwa memfitnah Muhammad Sanusi sebagai usaha menjatuhkan reputasi Menteri Besar Kedah itu.

Ia susulan pendedahan Saifuddin berhubung Menteri Besar Incorporated (MBI) Kedah yang dikenakan kompaun kerana terlibat dalam kecurian REE.

Sebelum itu, Saifuddin turut mendedahkan kerajaan negeri menggunakan sebahagian peruntukan penyelenggaran jalan (MARIS) bagi tujuan pembangunan negeri ini.

Tegas Mahdzir yang juga Bekas Menteri Besar Kedah, setiap pihak terlibat perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) sebelum diberikan kelulusan dalam aktiviti perlombongan.

“Saya tahu untuk semua jenis perlombongan mesti mendapat kelulusan Pejabat Tanah Daerah. Sebelum dapatkan kelulusan perlu memenuhi kriteria dan SOP perlombongan.

“Antara agensi terlibat Jabatan Alam Sekitar, kalau penuhi syarat maknanya boleh melombong. Sekarang kita tak tahu apa yang berlaku di Bukit Enggang,” ujarnya.

Tambahnya, sekiranya Pas mendakwa kerajaan negeri mahupun Muhammad Sanusi difitnah, perkara itu boleh dibawa ke mahkamah atau membuat laporan polis untuk siasatan lanjut dilakukan.

“Kerajaan negeri perlu jawab semua tuduhan dilemparkan, rakyat mahu tahu apa sebenarnya yang berlaku,” ujarnya.

Antara Yang Menarik :

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAUTAMA

Menteri KKR turun padang tinjau projek naiktaraf jalan persekutuan di Hulu Langat

HULU LANGAT, SELANGOR 19 Mei 2024 – Menteri Kerja Raya, Dato Sri...

AMBM @ MY LNAJenayahUTAMA

KPDN serbu tiga buah rumah berhampiran surau yang dijadikan stor pakaian tiruan

PUTRAJAYA 18 Mei 2024 – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara...

BM @ MY LNAKomunikasi Digital @ My LNASains, Teknologi & Komunikasi @ My LNAUTAMA

Sistem CIPM MCMC raih anugerah

CYBERJAYA, 18 Mei 2024 – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah...