AMBM @ MY LNAUTAMA

Menteri KKR turun padang tinjau projek naiktaraf jalan persekutuan di Hulu Langat

220
Kredit Foto : FC Rasmi Menteri KKR

HULU LANGAT, SELANGOR 19 Mei 2024 – Menteri Kerja Raya, Dato Sri Alexander Nanta Linggi elah turun padang meninjau Projek Menaiktaraf Jalan Persekutuan FT3210 dari Persimpangan Jalan Dato’ Alias ke Persimpangan Batu 9,
Cheras, Daerah Hulu Langat, Selangor. Tinjauan itu turut meliputi projek pembinaan Jejambat yang merentasi persimpangan Batu 9 Cheras tersebut. Ia bagi memastikan projek dapat disiapkan mengikut jadual yang telah ditetapkan di samping aspek keselamatan di tempat kerja yang sentiasa diberi keutamaan dalam pelaksanaan semjua projek Kementerian.

Menurut Kementerian Kerja Raya (KKR), pelaksanaan projek itu telah diluluskan di bawah peruntukan pembangunan Rolling Plan 4, Rancangan Malaysia Kesebelas (RP4, RMKe-11). Objektif utama projek adalah untuk mengurangkan kesesakan trafik khususnya pada waktu puncak yang berlaku di jalan Persekutuan FT3210 Hulu Langat menghala ke Kuala Lumpur dan juga untuk meningkatkan keselesaan serta keselamatan pengguna jalan raya dan penduduk setempat.

Tender Terbuka digunakan sebagai kaedah perolehan projek ini di mana pembinaan projek telah dimulakan pada 06 Ogos 2021 dan dijangka siap pada pertengahan tahun 2026 dengan kos kontrak bernilai RM123.660 juta. Antara skop kerja utama projek adalah seperti berikut:

i. Menaiktaraf jalan sedia ada FT001 bermula daripada simpang Taman Suntex sepanjang 1 km dan FT3210 dari Persimpangan Batu 9 ke Persimpangan Jalan Dato’ Alias/Kg. Melaka sepanjang 1km daripada Jalan Tunggal 2 lorong kepada jalan berkembar 4 lorong dengan piawai U5;

ii. Membina jejambat 2 lorong 1 hala dari arah Hulu Langat ke Cheras;

iii. Membina dan menggantikan Jambatan Sg. Sering.

Alexander Nanta turut meninjau lokasi yang menerima aduan pengguna jalan raya berkenaan banjir kilat setiap kali hujan lebat turun di laluan FT3210 terutama di jalan masuk ke kawasan perindustrian Hulu Langat. Lokasi tersebut
adalah di seksyen 2.45 (Stor Gas Pusaka) dan seksyen 5.45 (Petronas Dusun Nanding). Bagi seksyen 2.45, hasil tinjauan Bahagian Pengurusan Fasiliti (BPF), KKR mendapati sebahagian dari punca masalah adalah kawasan pembentung dipenuhi air dan keladak yang berpunca daripada penerokaan tanah yang ditinggalkan oleh pemaju di lokasi berkenaan sejak tahun 2014.

“Sehubungan dengan itu, BPF telah meluluskan peruntukan berjumlah RM50,000.00 pada Februari 2024 bagi kerja – kerja pembersihan dan telah siap dilaksanakan pada 3 April 2024. Bagi penyelesaian jangka panjang pula, BPF telah mengarahkan Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang terlibat untuk mengadakan penyelarasan bersama agensi terbabit bagi menyelesaikan isu hakisan tanah dan pembersihan outlet culvert di lokasi tersebut bagi mengelakkan banjir kilat daripada terus berlaku.

Bagi lokasi seksyen 5.45 (Petronas Dusun Nanding) pula, masalah banjir kilat yang sering berlaku di kawasan tersebut adalah disebabkan penerokaan tanah berhampiran lokasi dan fenomena air sungai pasang. JKR Hulu Langat telah memohon Anggaran Penyenggaraan Jalan (APJ) Tahun 2024 bagi kerja-kerja menaik taraf longkang dengan kos anggaran bernilai RM2 juta. Namun begitu, fungsi longkang di laluan persekutuan ini hanyalah bertujuan untuk mengalirkan air daripada permukaan jalan dan bukan untuk mengatasi masalah banjir. Justeru, JKR Daerah akan terus mengadakan perbincangan dengan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan PBT yang terlibat bagi penyelesaian jangka panjang.” kata KKR.

Sehingga Mei 2024, KKR telah meluluskan Anggaran Penyenggaraan Jalan (APJ) Tahun 2024 kepada JKR Hulu Langat sebanyak RM18.36 juta untuk penyenggaraan jalan persekutuan. Kerja-kerja penyenggaraan tersebut melibatkan 7 bilangan kerja berkala pavemen berjumlah RM13.71 juta, 6 bilangan kerja berkala bukan pavemen berjumlah RM1.47 juta, 10 bilangan kerja penyenggaraan jambatan berjumlah RM1.18 juta dan 6 bilangan kerja penyenggaraan lampu jalan dan lampu isyarat berjumlah RM2.00 juta dan semua kerja dijangka siap pada hujung bulan September 2024.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAJomCheckUTAMA

Benar: Aplikasi Myresq Adalah Inisiatif Bantuan Awal Kepada Mangsa Serangan Jantung

Oleh : JomCheck Talian JomCheck baru-baru ini telah disoal tentang kesahihan sebuah...

Bencana Alam @ My LNABM @ MY LNADunia @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Laut Banda

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Laut Banda pada jam...