AMBM @ MY LNACOVID-19 @ My LNAKesihatan @ My LNAUTAMA

COVID-19 : KKM tingkatkan langkah kesiapsiagaan susulan peningkatan jumlah kes di Singapura

252
Pada ME 20/2024 (12 Mei hingga 18 Mei 2024) sebanyak 1,230 kes COVID-19 dilaporkan, peningkatan sebanyak 14.8% berbanding ME 19/2024.

PUTRAJAYA, 19 Mei 2024 – Susulan kejadian gelombang terbaru di Singapura iaitu peningkatan dua kali ganda kes COVID-19 pada minggu bertarikh daripada 5 hingga 11 Mei 2024 berbanding minggu sebelumnya, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah meningkatkan langkah kesiapsiagaan bagi menghadapi kemungkinan peningkatan kes di Malaysia.

Menurut KKM, pada ME 20/2024 (12 Mei hingga 18 Mei 2024) sebanyak 1,230 kes COVID-19 dilaporkan, peningkatan sebanyak 14.8% berbanding ME 19/2024. Bagaimanapun tiada kes kematian COVID-19 dilaporkan sejak 25 April 2024 sehingga kini.

“Jumlah kemasukan pesakit COVID-19 ke fasiliti kesihatan pada ME 20/2024 berbanding ME 19/2024 iaitu pengisian katil bukan kritikal sedikit meningkat tetapi tidak membebankan kapasiti hospital iaitu daripada 0.08% kepada 0.10% manakala pengisian katil Unit Rawatan Rapi (ICU), menurun daripada 0.17% kepada 0.04%

Sehingga kini, varian yang sedang menular di Malaysia masih lagi varian Omicron dan subvariannya. Terdapat satu (1) kes K.P.2.1 dan satu (1) kes KP.1.1 telah dilaporkan sejak Mac 2024. Kedua-dua varian KP.2.1 dan KP.1.1 adalah sebahagian daripada keluarga Omicron. Secara khususnya, mereka adalah sublineage daripada JN.1.11.1. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah menyenaraikan KP.2 sebagai Currently Circulating Variant Under Monitoring (VUM) pada 3 Mei 2024. Namun, kemasukan varian ini tidak menyebabkan jangkitan yang teruk kepada individu yang dijangkiti.” kata KKM dalam satu kenyataan yang diedarkan hari ini.

Orang ramai turut dinasihatkan untuk memperkasakan diri bagi menjaga kesihatan masing-masing serta mencegah daripada mendapat jangkitan atau menularkan kepada orang lain susulan perjumpaan dengan orang ramai di tempat tertutup dan sesak.

Langkah-langkah pencegahan dan kawalan yang perlu diamalkan untuk “hidup bersama COVID-19” dengan selamat adalah :

i. Kerap mencuci tangan dengan pensanitasi;

ii. Memakai pelitup muka terutamanya bagi yang berisiko tinggi mendapat jangkitan, atau individu yang bergejala, atau apabila berada di tempat tertutup atau sesak; dan

ii. Golongan berisiko tinggi mendapat jangkitan COVID-19 (seperti umur 60 tahun dan ke atas dan masalah perubatan), disarankan untuk mengambil dos tambahan vaksin COVID-19 dengan sela masa 6 hingga 12 bulan daripada dos terakhir penerimaan vaksin COVID-19.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAJomCheckUTAMA

Benar: Aplikasi Myresq Adalah Inisiatif Bantuan Awal Kepada Mangsa Serangan Jantung

Oleh : JomCheck Talian JomCheck baru-baru ini telah disoal tentang kesahihan sebuah...

Bencana Alam @ My LNABM @ MY LNADunia @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Laut Banda

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Laut Banda pada jam...