BM @ MY LNAKomunikasi Digital @ My LNASains, Teknologi & Komunikasi @ My LNAUTAMA

Sistem CIPM MCMC raih anugerah

758
Anugerah yang dimenangi ini membuktikan kepimpinan MCMC dalam mentransformasikan Pengurusan Permit Infrastruktur Telekomunikasi (CIPM) menggunakan teknologi geospatial terkini.

CYBERJAYA, 18 Mei 2024 – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah berjaya meraih anugerah bagi kategori Telekomunikasi untuk Sistem Pengurusan Permit Infrastruktur Komunikasi (CIPM) pada Majlis Anugerah Kecemerlangan Geospatial Dunia 2024 yang berlangsung di Rotterdam, Belanda, baru-baru ini.

Forum Dunia Geospatial 2024, yang berlangsung selama empat hari bermula sejak 13 Mei lalu, mengiktiraf dan meraikan kemajuan global dalam teknologi geospatial yang mengetengahkan penggunaan secara inovatif data berkaitan lokasi.

“CIPM adalah satu aplikasi penyelesaian proses pengurusan permit yang dibangunkan oleh MCMC, yang memberi impak yang besar kepada Pihak Berkuasa Tempatan dan pemain industri telekomunikasi. Sistem perintis ini menguruskan lebih 31,000 struktur komunikasi mudah alih di seluruh Malaysia dan kini giat digunakan oleh lebih 1,300 pengguna daripada 110 Pihak Berkuasa Tempatan dan penyedia kemudahan rangkaian.

CIPM telah mentransformasikan industri telekomunikasi dengan menghapuskan ketidakcekapan, halangan birokrasi dan proses meluluskan permit secara konvensional yang memakan masa, CIPM menyumbang kepada pengurangan signifikan proses kelulusan daripada 90 hari kepada hanya 14 hari.” kata MCMC.

Menurut MCMC lagi, CIPM mengendalikan lebih 16,000 transaksi permit secara tahunan dan menjana pendapatan sebanyak RM31 juta untuk Pihak Berkuasa Tempatan.

“Sistem yang inovatif ini bukan sahaja mempertingkat keberkesanan operasi bahkan juga meningkatkan tahap pematuhan peraturan oleh pemain industri.

Pencapaian MCMC ini membuktikan keupayaan Malaysia sebagai peneraju dalam inovasi teknologi selain menetapkan penanda aras baharu bagi industri telekomunikasi global. Pengiktirafan yang diterima pada Majlis Anugerah Kecemerlangan Geospatial Dunia adalah bukti kepada komitmen MCMC dalam memacu kemajuan dan kecemerlangan menerusi digitalisasi dan inovasi.” kata MCMC.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi kuat melanda Laut Okhotsk

Satu kejadian gempa bumi kuat telah melanda Laut Okhotsk pada jam 11:28...

AMBM @ MY LNASekuriti Makanan @ My LNAUTAMA

Kerang-kerangan di Negeri Sembilan dan Melaka boleh dituai, bacaan biotoksin menurun

PUTRAJAYA, 10 Ogos 2024 – Larangan ke atas penuaian dan penjualan kerang-kerangan...

AMBM @ MY LNADunia @ MY LNAGlobe Newswire

Pemenang Anugerah Stevie® untuk Majikan Hebat 2024 Diumumkan

Pemenang Akan Diraikan dalam satu Majlis di New York pada 16 September...