BM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAUTAMA

MOTAC siasat insiden 300 jemaah haji terkandas di Mekah

310
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Dato Sri Tiong King Sing. Foto LNA/Yusri

PUTRAJAYA, 17 Mei 2024 – Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Dato Sri Tiong King Sing memaklumkan bahawa beliau sedang meneliti isu 300 jemaah haji yang terkandas di Makkah akibat terpedaya dengan pakej haji murah oleh agensi pelancongan yang tidak bertanggungjawab.

Kata Tiong dalam satu kenyataan media yang diedarkan semalam, berdasarkan maklumat yang beliau terima, 300 jemaah haji yang pergi ke Makkah ini telah dimaklumkan bahawa pas pelancong yang mereka gunakan boleh ditukarkan kepada umrah atau haji.

“Perkara ini adalah tindakan tidak bertanggungjawab sama sekali! Sesetengah agensi pelancongan atau individu tertentu telah menyalahgunakan kepercayaan jemaah dengan memberikan maklumat yang tidak tepat. Tindakan seperti ini bukan sahaja melanggar peraturan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa, tetapi juga meletakkan keselamatan dan kepentingan jemaah dalam risiko di Arab Saudi. Oleh itu, amat penting untuk semua pihak sentiasa berwaspada dan memastikan bahawa mereka hanya berurusan dengan pihak-pihak yang sah dan diiktiraf.

Insiden ini amatlah dikesali kerana pada tahun 2023, Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) telah mengeluarkan kenyataan berhubung larangan penggunaan visa pelancong dan umrah bagi tujuan menunaikan ibadah haji.

Peringatan ini diuar-uarkan bagi memastikan tiada jemaah umrah yang mengambil kesempatan untuk tinggal lebih masa (overstay) sehingga masuk ke musim haji. Tindakan ini merupakan satu kesalahan di bawah peraturan Kerajaan Arab Saudi iaitu menunaikan ibadah haji tanpa mempunyai permit yang sah. Kerajaan Arab Saudi HANYA mengiktiraf permit haji yang dikeluarkan oleh institusi bertauliah bagi setiap negara seperti Lembaga Tabung Haji (TH).” tegas Tiong.

Justeru, beliau telah mengarahkan Ketua Setiausaha MOTAC untuk menjalankan siasatan dengan teliti dan memahami insiden ini, tidak kira ianya berita palsu atau berita sahih. Tegas Tiong, sekiranya terdapat mana-mana pihak yang didapati melakukan kesalahan ini, lesen pelancongan mereka akan dibatalkan serta-merta.

“Beliau telah mengamanahkan pihak Tourism Malaysia yang berdekatan untuk menyiasat insiden ini. MOTAC sedang menunggu laporan penuh daripada mereka dan sekiranya diperlukan, pihak Kementerian akan menghantar pegawai dari ibu pejabat untuk turun padang.

MOTAC akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap agensi pelancongan yang dilesenkan oleh Kementerian ini jika terbukti terlibat dalam penyalahgunaan visa pelancong dan visa umrah untuk tujuan ibadah haji. Kementerian memandang serius perkara ini kerana melibatkan kepentingan dan keselamatan jemaah, selain menghalang berlakunya perkara-perkara yang tidak diingini dan secara tidak langsung, menjaga hubungan baik yang telah terjalin antara Kerajaan Malaysia dan Arab Saudi.

Insiden ini telah berulang kali terjadi dan rakyat kita yang sering menjadi mangsa. Saya telah menegaskan perkara ini beberapa kali sebelum ini. Tetapi, mungkin ada sesetengah pihak yang memandang remeh perkara ini dan tidak percaya Kementerian akan mengambil tindakan tegas atas kesalahan yang dilakukan.” kata Tiong.

Tiong turut menegaskan bahawa perkara itu tidak melibatkan sebarang sentimen pilih kasih atau diskriminasi pada mana-mana kaum.

“Saya amat menghormati semua kaum dengan sama rata dan adil serta tidak wujud sebarang unsur prejudis daripada mana-mana pihak. Sebagai Menteri yang bertanggungjawab, saya amat menghormati semua individu atau mana-mana pihak tanpa mengira kaum atau latar belakang yang berbeza. Namun, mana-mana individu yang didapati melanggar undang-undang dan peraturan yang ditetapkan, tindakan tegas akan diambil secara adil.” ujar Tiong.

Buat masa ini, para jemaah yang terkandas disarankan untuk membuat laporan kepada TH dan pihak kedutaan Malaysia di Jeddah, Arab Saudi bagi mendapatkan khidmat bantuan dan nasihat seperti yang telah dinyatakan oleh pihak TH.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAJomCheckUTAMA

Benar: Aplikasi Myresq Adalah Inisiatif Bantuan Awal Kepada Mangsa Serangan Jantung

Oleh : JomCheck Talian JomCheck baru-baru ini telah disoal tentang kesahihan sebuah...

Bencana Alam @ My LNABM @ MY LNADunia @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Laut Banda

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Laut Banda pada jam...