BM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAUTAMA

Isu Sijil Halal Alagappa’s Selesai Mac Lalu, Tuduhan Guna Bahan Haram Tidak Benar

364

Oleh : JomCheck

Timbul satu dakwaan di talian JomCheck tentang jenama rempah kari Alagappas’s milik Syarikat Alagappa Rice Flour Mill Sdn Bhd yang dikatakan menggunakan air kencing lembu dalam bahan produk keluaran mereka sehinggakan sijil halal dibatalkan.

Beserta dengan hantaran tersebut adalah sebuah video audio siar (podcast) daripada Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) yang mengulas isu penarikan balik sijil halal Alagappa’s.

Semakan JomCheck melakukan semakan berdasarkan sumber rasmi pelbagai pihak dan inilah hasilnya:

STATUS: TIDAK BENAR
PENJELASAN: Penarikan Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) Syarikat Alagappa Rice Flour Mill Sdn Bhd atas isu teknikal yang tidak ada kaitan dengan ramuan. Ia telah diselesaikan dan syarikat telah kembali diperakui sebagai pemegang SPHM yang sah.

Sumber:
Astro Awani: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/tak-patuh-manual-prosedur-punca-sijil-halal-alagappa-flour-mills-ditarik-jakim-463546

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM): https://www.instagram.com/myjakim/p/C40nd4Jpc1K/

Alagappa’s: https://www.facebook.com/Alagappas/posts/pfbid0c5pyngGcrMCokHwrnz1Bp2MoYS9mmV2aEKxCYMNxuWd9XXhnJrSk9fQR6vMh5AJdl

Kronologi berhubung isu ini adalah:

a. Kegagalan pihak syarikat menyelesaikan isu ketidakpatuhan Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia (Domestik) 2020 dalam tempoh yang diberikan menyebabkan SPHM ditarik balik.
b. Selepas membuat pembaikan, pihak syarikat telah membuat permohonan semula kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang.
c. Mesyuarat Jawatankuasa Panel Pensijilan Halal Malaysia Negeri Pulau Pinang yang bersidang pada 25 Mac 2024 telah bersetuju meluluskan permohonan dan pemohon dimaklumkan secara rasmi melalui surat bertarikh 27 Mac 2024.
d. Audio siar PPIM menyentuh isu ini disiarkan pada 23 April 2024 ketika isu ini sudah pun selesai.

Terus semak fakta maklumat anda dengan kami melalui WhatsApp di +6017-4776659 atau guna pautan ini – https://wa.me/60174776659 kalau jumpa maklumat yang diragui, okay!

Rasa ragu-ragu? JomCheck ✅️

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAJomCheckUTAMA

Benar: Aplikasi Myresq Adalah Inisiatif Bantuan Awal Kepada Mangsa Serangan Jantung

Oleh : JomCheck Talian JomCheck baru-baru ini telah disoal tentang kesahihan sebuah...

Bencana Alam @ My LNABM @ MY LNADunia @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Laut Banda

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Laut Banda pada jam...