Home Gaya Hidup Pelancongan Tarikh tutup permohonan Geran Padanan Bagi Tujuan Pembaikan Inap Desa (Homestay) dilanjutkan
Pelancongan

Tarikh tutup permohonan Geran Padanan Bagi Tujuan Pembaikan Inap Desa (Homestay) dilanjutkan

20 Mei 2022 – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) memaklumkan bahawa tarikh tutup permohonan Geran Padanan Bagi Tujuan Pembaikan Inap Desa (Homestay) di bawah MOTAC bagi tahun 2022 telah dilanjutkan sehingga 15 Jun 2022.

“Melalui Pembentangan Bajet 2022, Kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM30 juta bagi pemberian Geran Padanan Bagi Tujuan Pembaikan Inap Desa (Homestay) dan Geran Padanan Bagi Tujuan Pembaikan Kepada Hotel Bajet di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) bagi tahun 2022. Kementerian ini telah membuka permohonan geran pada 1 hingga 30 April 2022 kepada semua pengusaha inap desa (homestay) yang berdaftar di bawah Program Pengalaman Homestay Malaysia.

Sukacita dimaklumkan bahawa tarikh tutup permohonan Geran Padanan Bagi Tujuan Pembaikan Inap Desa (Homestay) di bawah MOTAC bagi tahun 2022 telah dilanjutkan sehingga 15 Jun 2022.” kata MOTAC dalam satu kenyataan hari ini.

MOTAC juga menyeru semua pengusaha inap desa (homestay) yang layak untuk segera mengemukakan permohonan geran yang ditawarkan ini.

“Maklumat lanjut seperti Garis Panduan Permohonan, Borang Permohonan dan lain-lain maklumat boleh dilayari di laman sesawang rasmi MOTAC di www.motac.gov.my/geran-padanan.

Pemberian geran ini diharapkan agar dapat membantu pengusaha inap desa (homestay) di bawah Program Pengalaman Homestay Malaysia untuk terus kekal berdaya saing bagi mempromosikan program ini bagi menarik lebih ramai pelancong untuk datang menginap.” kata MOTAC.

Sumber foto : Booking.com

Leave a comment

Please Login to Comment.

Related Articles

AMHighlightsMY LNAPelancongan

Dato’ Dr. Ammar Dilantik Ketua Pengarah Tourism Malaysia

PUTRAJAYA, 14 April 2023 – Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (Tourism Malaysia) mengumumkan...

HighlightsMY LNAPelancongan

Tourism Malaysia Promosi Pakej Pelancongan Minat Khas 50 Tahun Di Laman Malaysia.Travel

KUALA LUMPUR, 29 Mac 2023 – Bersempena dengan sambutan ulang tahun ke-50,...

Gaya HidupMY LNAPelancongan

Kota Fuzhou yang berusia ribuan tahun bersinar dengan kesegaran baharu, warna baharu dan fesyen baharu pada waktu malam

FUZHOU, CHINA 9 Mac 2023 (Bernama) — Baru-baru ini, video promosi mengenai Fuzhou...

AMHighlightsMY LNAPelancongan

MOTAC Rai Ketibaan Pelancong Sempena Perayaan Tahun Baru Cina

SEPANG, 22 Januari 2023 – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) meraikan...