Ekonomi @ My LNA

KPKK pantau perubahan polisi Indonesia

82

20 Mei 2022 – Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Hajah Zuraida Kamaruddin memaklumkan bahawa Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPKK) akan tetap meneruskan perbincangan dengan Kementerian Kewangan untuk kemungkinan mengurangkan cukai eksport minyak sawit Malaysia kepada 4%-6% daripada 8% walaupun Indonesia telah menarik balik larangan eksport minyak sawit seperti yang telah diumumkan oleh Presiden Joko Widodo semalam.

Katanya cadangan pemotongan sementara ini sedang masih di dalam peringkat awal perbincangan dan keputusan adalah tertakluk kepada keputusan Kementerian Kewangan.

“Namun begitu, KPKK menggesa pemain industri untuk menumpukan perhatian kepada pembolehubah pasaran yang mampu mencetuskan ketidaktentuan harga.

Antara pembolehubah ini adalah dasar eksport Indonesia, pemulihan pengeluaran minyak sawit di Malaysia, pelarasan dasar biodiesel di pelbagai negara, perkembangan konflik Rusia-Ukraine dan cuaca di AS dan Amerika Selatan.” kata Zuraida.

Zuraida turut berkata bahawa statistik eksport pada bulan April mungkin agak mengelirukan memandangkan permintaan antarabangsa untuk minyak makan, termasuk minyak sawit, adalah jauh lebih lemah. Katanya harga April juga mungkin lebih rendah berbanding Mac namun kekal pada paras yang belum pernah dicapai sebelum ini.

Jelasnya, harga Minyak Sawit Malaysia (MSM) adalah pada purata RM6,300/tan, satu kadar yang jauh lebih tinggi daripada purata RM4,300/tan seperti yang diunjurkan oleh penganalisis pasaran untuk 2022. Harga MSM berkemungkinan akan turun disebabkan aliran naik yang belum selesai dalam pengeluaran tandan buah segar (FFB).

Namun begitu, harga MSM sepatutnya kekal tinggi disebabkan faktor-faktor berikut:

• Isu Bekalan: Bekalan minyak masak yang bersaing dengan minyak sawit. Harga minyak sayuran seperti minyak kacang soya, biji sesawi dan bunga matahari juga kukuh. Bersama-sama dengan pengeluaran minyak sawit yang lebih kuat pada separuh kedua tahun 2022, bekalan minyak dan lemak yang boleh dimakan akan berkurangan menjelang suku keempat 2022, tetapi tidak banyak. Prospek pemulihan dijangka lebih tinggi pada tahun 2023; oleh itu, harga minyak sawit mungkin kekal tinggi sehingga pertengahan 2023.

• Permintaan stabil: Walaupun terdapat kejatuhan permintaan disebabkan harga yang sangat tinggi, secara keseluruhan, pasaran minyak sawit dijangka kekal teguh. Cabaran Indonesia untuk memenuhi keperluan domestik menunjukkan kekuatan pasaran antarabangsa minyak sawit

• Permintaan dari China: Pasaran utama minyak sawit, China, bersedia untuk meningkatkan permintaan minyak sawitnya pada akhir tahun kerana ekonominya hanya dibuka semula secara beransur-ansur daripada wabak COVID-19. Begitu juga, permintaan daripada EU berkemungkinan meningkat berikutan gangguan bekalan tradisional minyak bunga matahari dan minyak biji sesawi dari Ukraine dan Rusia.

• Kenaikan harga minyak: Konflik Rusia-Ukraine juga telah mengakibatkan kenaikan harga bahan api hidrokarbon, mewujudkan permintaan terpendam untuk bio bahan api jika harga minyak sayuran turun.

Kata Zuraida, KPKK Kementerian akan terus memantau situasi terkini yang melibatkan perubahan polisi
Indonesia dan seterusnya memastikan industri sawit yang merupakan komoditi utama negara terus menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara, sekaligus memberi manfaat kepada semua terutamanya pekebun kecil dan pemain industri.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

BM @ MY LNAEkonomi @ My LNAUTAMA

Tindakan puak Houthi di Yaman tidak beri impak besar kepada ekonomi Malaysia

Menteri Pelaburan, Perdagangan & Industri, Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku...

AMBM @ MY LNAEkonomi @ My LNAKewangan @ My LNAUTAMA

Pelabur tunjuk minat tinggi untuk fahami asas dan potensi ekonomi Malaysia

Menteri Kewangan II, Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan telah mengetuai delegasi...