BM @ MY LNAGaya Hidup @ My LNAPelancongan @ My LNAUTAMA

MOTAC adakan kolaborasi dan libat urus, perkasakan pelancongan di Semporna

300

5 Mac 2024 – Semporna merupakan pilihan pelancong domestik dan antarabangsa terutamanya dari negara China dan Korea kerana keindahan pulau dan khazanahnya.

Bagi memperkasakan industri pelancongan di Semporna dari segi keselamatan dan kebersihan, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) bersama dengan Pejabat Daerah Semporna, Majlis Daerah Semporna, Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar (KePKAS), Ibu Pejabat Polis Daerah Semporna, Eastern Sabah Security Command (ESSCOM), Pejabat Kesihatan Daerah Semporna, Kolej Komuniti Semporna, agensi kerajaan lain, penggiat industri dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) telah mengadakan kolaborasi dan libat urus bersama bagi membolehkan rakyat menerima manfaat dari pelaksanaan dasar yang lebih terancang dan bersasar.

Justeru, Timbalan MOTAC Tuan Khairul Firdaus Akbar Khan, telah turun padang untuk memantau program-program yang diadakan sepanjang 2 hingga 3 Mac 2024.

“Antaranya adalah Program Voluntourism: Bersih dan Selamat Semporna Kalasahan Ku yang diadakan pada 2 Mac 2023 bertempat di Dewan Arena Belia melibatkan lebih kurang 150 para sukarelawan yang terdiri daripada pelajar IPTA, badan bukan kerajaan, komuniti setempat dan pelancong domestik serta antarabangsa bagi menjalankan aktiviti kebersihan dan keceriaan di sekitar kawasan Jeti Pelancongan Semporna.

Program ini telah memberi impak positif dalam meningkatkan kemahiran insaniah diri, memupuk kemahiran komunikasi silang budaya, mengeratkan hubungan kerjasama dengan masyarakat dan membina kemahiran kerja berpasukan para sukarelawan.” kata MOTAC.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAJomCheckUTAMA

Benar: Aplikasi Myresq Adalah Inisiatif Bantuan Awal Kepada Mangsa Serangan Jantung

Oleh : JomCheck Talian JomCheck baru-baru ini telah disoal tentang kesahihan sebuah...

Bencana Alam @ My LNABM @ MY LNADunia @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Laut Banda

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Laut Banda pada jam...