Kesihatan @ My LNA

KJ berlepas ke Geneva, hadiri WHA75 dan EB151 WHO

104

20 Mei 2022 – Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin mengetuai delegasi Malaysia ke Geneva, Switzerland bagi menghadiri Persidangan Kesihatan Sedunia Sesi Ke-75 (WHA75) dan Mesyuarat Lembaga Eksekutif (Executive Board – EB) Sesi Ke-151 (EB151), Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dari 22 hingga 30 Mei 2022.

Dalam satu kenyataan hari ini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berkata yang berlepas ke Geneva turut disertai Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dato’ Seri Dr Noor Hisham Abdullah dan pegawai-pegawai kanan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Kata KKM, Persidangan Kesihatan Sedunia (WHA) adalah badan pentadbir tertinggi WHO dan merupakan perhimpunan berkala yang dihadiri oleh Menteri-Menteri Kesihatan, Ketua-Ketua Pengarah Kesihatan dan pakar-pakar dalam bidang kesihatan.

“Ia diadakan untuk membincangkan status pelaksanaaan dasar, program, hala tuju, komitmen dan strategi baharu sektor kesihatan yang dipersetujui secara konsensus di bawah WHO.

Fungsi utama WHA adalah untuk meluluskan pelan strategik WHO dan belanjawan program selama dua tahun, menerima pakai resolusi yang menggariskan tugas WHO serta menyediakan garis panduan berkaitan kesihatan untuk negara-negara anggota.

Selain mewakili negara di persidangan tersebut, kehadiran YB Menteri Kesihatan juga adalah di atas kapasiti Naib Presiden mewakili Rantau Pasifik Barat (Western Pacific Region) selepas di lantik sebulat suara semasa Mesyuarat Jawatankuasa Rantau Pasifik Barat (Western Pacific Regional Committee Meeting) WHO Ke-72 yang diadakan di Himeiji, Jepun pada bulan Oktober 2021.” kata KKM.

Mengulas lanjut, KKM berkata Mesyuarat Lembaga Eksekutif WHO pula bertujuan untuk memastikan pelaksanaaan program dan hala tuju sektor kesihatan yang telah dipersetujui secara konsensus oleh Persidangan Kesihatan Sedunia.

Katanya Malaysia telah dilantik sebagai ahli Lembaga Eksekutif WHO mewakili Rantau Pasifik Barat bagi tempoh tiga (3) tahun bermula Mei 2021 hingga Mei 2024 dan Ahli Lembaga Eksekutif WHO di peringkat Kementerian adalah Menteri Kesihatan dan Ketua Pengarah Kesihatan.

“Pada Sidang Pleno Perbincangan Umum (General Discussion), YB Menteri Kesihatan akan menyampaikan kenyataan negara (country statement) mewakili Kerajaan Malaysia yang akan menyentuh tema WHA75 iaitu Health for Peace, Peace for Health, dan beberapa aspek kesihatan lain seperti COVID-19 and Transitioning to Endemicity, Vaccine Equity, National Healthcare System, Behavioural Sciences (Sains Tingkah Laku) dan Digital Health.

Beliau juga dijangka akan membuat intervensi ke atas agenda-agenda perbincangan sepanjang WHA75 dan juga EB151 berlangsung. Antaranya termasuklah Infection prevention and control, Global Peace for Health, Traditional Medicine, dan Influenza Preparedness.

Dalam pada itu, YB Menteri Kesihatan telah dijemput sebagai pengucap (speaker) di Strategic Dialogue of Behavioural Science yang diadakan sebagai acara sampingan (side event) WHA75. Ia merupakan satu pengiktirafan terhadap komitmen, peranan dan penglibatan secara langsung Kementerian Kesihatan dan Kerajaan Malaysia dalam isi-isu kesihatan global termasuk pengurusan pandemik COVID-19.” katanya.

Jemputan itu juga meletakkan nama Malaysia di barisan hadapan bersama negara-negara membangun yang lain dalam aspek rawatan dan penjagaan kesihatan termasuk pendigitalan kesihatan. Ia juga merupakan platform terbaik untuk Malaysia merealisasikan hasrat untuk menerajui dan mempromosi sains tingkah laku, teknologi dan inovasi dalam menggalakkan kehidupan lebih sihat.

Tambah KKM, Khairy juga akan memenuhi jemputan khas daripada Børge Brende, Presiden World Economic Forum (WEF) ke forum ekonomi tersebut di Davos, Switzerland, pada 24 dan 25 Mei 2022 sebelum kembali semula ke Geneva untuk mengikuti WHA75 dan juga EB151.

“Di Davos, beliau akan menyertai sesi panel diskusi bersama jemputan menteri-menteri negara luar lain dan dijadualkan untuk menyertai tiga (3) panel diskusi semasa di Davos iaitu Governors Meeting – global health and healthcare policy discussion; Strengthening health systems resilience and financing; dan Equitable global vaccine manufacturing.

Penyertaan Malaysia dalam WHA75 dan EB151 amat penting bagi memastikan kepentingan dasar kesihatan awam negara diberi pertimbangan sebaiknya oleh WHO dalam membuat sebarang keputusan. Malaysia juga berpeluang untuk menyatakan pendirian negara dalam membangunkan sektor kesihatan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Selain itu, penyertaan delegasi Malaysia juga akan memberi ruang bagi konsultasi dan perbincangan lanjut bersama negara-negara anggota yang lain demi kepentingan sektor kesihatan sejagat.” kata KKM.

Komitmen Malaysia dalam menghadiri Mesyuarat ini membuktikan Kerajaan adalah konsisten dan komited dalam setiap kerjasama di peringkat antarabangsa. Selain menaikkan imej negara dipersada global, kerjasama yang berterusan ini akan diterjemahkan sebagai usaha Malaysia dalam membangunkan sektor kesihatan secara holistik di dalam negara mahupun di Rantau Pasifik Barat.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKesihatan @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Raikan Syawal sebagai ibu bapa prihatin, demi senyuman mereka

Oleh: Prof Madya Dr Lily Azura Shoaib, Dr Noorhidayah Zainal Aalam Sambutan...

AMBM @ MY LNAKesihatan @ My LNAPendidikan @ My LNA

OleoRangers pupuk kesedaran awam terhadap pemilihan, pengendalian minyak masak yang mampan

Makanan merupakan salah satu faktor yang paling penting dalam memastikan kesihatan. Makanan...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAKesihatan @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Komponen psikospiritual Islam perlu untuk mencegah bunuh diri

Oleh: Dr. Mohd Khairul Naim bin Che Nordin Apabila kerajaan negeri Kelantan...