Pelancongan @ My LNA

MRTM mampu pupuk perpaduan

118

20 Mei 2022 – Program Majlis Rumah Terbuka Malaysia (MRTM) Aidilfitri 2022 yang julung kalinya diadakan di negeri Terengganu diadakan bagi menyemarakkan semula industri pelancongan, kebudayaan dan kesenian negara dalam persekitaran norma baharu. Ia diadakan selama tiga (3) hari bermula pada 19 Mei 2022 sehingga 21 Mei 2022 bertempat di Dataran Drawbrigde Kuala Terengganu, Terengganu.

Program anjuran Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Terengganu turut mengetengahkan tradisi menyambut perayaan Aidilfitri sekaligus dapat menjadi wadah penyemarakkan pelancongan budaya di Malaysia.

Ia adalah selaras dengan Dasar Kebudayaan Negara (DAKEN) 2020-2030 yang memberi penekanan kepada perspektif mengangkat budaya bangsa sebagai suatu entiti yang berdaya tahan dalam mengekalkan peradaban tamadun bangsa.

Ia turut mampu memupuk lagi perpaduan dan persefahaman masyarakat pelbagai kaum di negara kita melalui penglibatan dalam pelbagai aktiviti interaktif yang akan melibatkan seni budaya dan warisan negara.

Menurut Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Dato’ Sri Hajah Nancy dalam satu kenyataan hari ini, MOTAC amat yakin dengan pemilihan Negeri Terengganu yang juga dikenali sebagai Negeri Cantik Budaya Menarik adalah lokasi yang paling tepat yang kaya dengan pemandangan serta destinasi menarik yang boleh diangkat sebagai elemen pelancongan dalam mempromosikan keunikan Malaysia di mata dunia.

“Terengganu dilihat sebagai sebuah negeri berpotensi besar menjadi destinasi pelancongan utama negara kerana Terengganu kaya dengan kepelbagaian produk pelancongan berteraskan kekayaan alam semula jadi, keunikan budaya kesenian, warisan dan tinggalan sejarahnya tersendiri,” katanya.

Antara pengisian menarik yang telah diatur sepanjang tiga hari program ialah Rewang Raya, Kenduri Rakyat, Pertandingan Lumba Perahu, Himpunan Keris, Gateh Busana, Kambing Cantik, Pertandingan Ayam Ratu, Zoo Kampung, Wau Gegok Damak, Tok Dekor Jangok, Tewah Ngail, Gasing Terbang, Bot Berhias dan persembahan kesenian. Turut diadakan ialah Bengkel dan Kelas Masakan Warisan, Demonstrasi Makanan Warisan, ceramah agama “Syawal Disambut Dengan Penuh Kesyukuran dan Kegembiraan” serta Pertandingan Memancing dengan tema memancing sambil mengenakan pemakaian kain pelikat dan semutar beramai-ramai.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

BM @ MY LNAGaya Hidup @ My LNAPelancongan @ My LNAUTAMA

Festival Tarian Singa 2024 semarakkan kempen Tahun Melawat Malaysia 2026

PUTRAJAYA, 22 Julai 2024 – Festival Tarian Singa 2024 akan di adakan...

AMBM @ MY LNAGaya Hidup @ My LNAPelancongan @ My LNAUTAMA

Prestasi jumlah kedatangan pelancong antarabangsa adalah baik – Ahmad Zahid

PUTRAJAYA, 19 Julai 2024 – Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr. Ahmad...

AMBM @ MY LNAGaya Hidup @ My LNAPelancongan @ My LNA

100 peserta terokai jejak sejarah, warisan Melaka

Oleh LIANA SAHABUDIN / MELAKA HARI INI BANDA HILIR 8 Julai –...