Home Gaya Hidup Pelancongan MOTAC buka semula permohonan Bantuan Kewangan Tahun 2022 kepada Syarikat Pengendali Pelancongan (TOBTAB), Syarikat MM2H dan Spa serta Pusat Urut Kaki (PUK)
Pelancongan

MOTAC buka semula permohonan Bantuan Kewangan Tahun 2022 kepada Syarikat Pengendali Pelancongan (TOBTAB), Syarikat MM2H dan Spa serta Pusat Urut Kaki (PUK)

4 April 2022 – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) telah bersetuju untuk membuka semula tempoh permohonan Bantuan Kewangan Tahun 2022 kepada Syarikat Pengendali Pelancongan (TOBTAB), Syarikat MM2H dan Spa serta Pusat Urut Kaki (PUK) yang berlesen dan berdaftar di bawah MOTAC mulai 4 April 2022 sehingga 15 April 2022.

Menurut MOTAC dalam satu kenyataan hari ini, Kerajaan melalui Bajet 2022 telah mengumumkan berkenaan pemberian Bantuan Khas kepada lebih 20 ribu pengusaha pelancongan yang berdaftar di bawah MOTAC dengan peruntukan sebanyak RM 85 juta.

“Peruntukan ini termasuklah bantuan kepada Syarikat Pengendali Pelancongan (TOBTAB), Syarikat MM2H dan Spa serta Pusat Urut Kaki (PUK) yang berlesen dan berdaftar di bawah MOTAC sebagai salah satu inisiatif Kerajaan bagi membantu sektor pelancongan yang sangat terjejas dalam tempoh pandemik COVID-19 ini.

Kementerian ini telah membuka tempoh permohonan bantuan dari 1 Mac 2022 sehingga 15 Mac 2022. Walau bagaimanapun, Kementerian mendapati masih ramai pengusaha pelancongan yang belum memohon bantuan ini. Berikutan dengan itu, Kementerian telah bersetuju untuk membuka semula tempoh permohonan Bantuan Kewangan Tahun 2022 kepada Syarikat Pengendali Pelancongan (TOBTAB), Syarikat MM2H dan Spa serta Pusat Urut Kaki (PUK) yang berlesen dan berdaftar di bawah MOTAC mulai 4 April 2022 sehingga 15 April 2022 bagi syarikat-syarikat yang tidak berkesempatan sebelum ini.” kata MOTAC.

MOTAC turut menyeru semua Syarikat Pengendali Pelancongan (TOBTAB), Syarikat MM2H dan Spa serta Pusat Urut Kaki (PUK) yang layak supaya mengambil peluang ini untuk mengemukakan permohonan secara atas talian kepada pihak MOTAC. Sebarang permohonan yang dikemukakan selepas tarikh tutup permohonan iaitu selepas 15 April 2022 tidak akan dilayan.

Maklumat lanjut mengenai Bantuan Kewangan Tahun 2022 ini termasuklah pautan permohonan, boleh dilayari di laman sesawang rasmi MOTAC di www.motac.gov.my. Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan kepada Pejabat MOTAC Negeri yang berdekatan.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Related Articles

AMHighlightsMY LNAPelancongan

Dato’ Dr. Ammar Dilantik Ketua Pengarah Tourism Malaysia

PUTRAJAYA, 14 April 2023 – Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (Tourism Malaysia) mengumumkan...

HighlightsMY LNAPelancongan

Tourism Malaysia Promosi Pakej Pelancongan Minat Khas 50 Tahun Di Laman Malaysia.Travel

KUALA LUMPUR, 29 Mac 2023 – Bersempena dengan sambutan ulang tahun ke-50,...

Gaya HidupMY LNAPelancongan

Kota Fuzhou yang berusia ribuan tahun bersinar dengan kesegaran baharu, warna baharu dan fesyen baharu pada waktu malam

FUZHOU, CHINA 9 Mac 2023 (Bernama) — Baru-baru ini, video promosi mengenai Fuzhou...

AMHighlightsMY LNAPelancongan

MOTAC Rai Ketibaan Pelancong Sempena Perayaan Tahun Baru Cina

SEPANG, 22 Januari 2023 – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) meraikan...