Home Ekonomi Tiada kenaikan tol oleh empat syarikat konsesi di Lembah Klang
EkonomiKHAS

Tiada kenaikan tol oleh empat syarikat konsesi di Lembah Klang

KUALA LUMPUR 4 April 2022 – Menteri Kanan Kerja Raya, Dato’ Sri Fadillah Yusof memaklumkan bahawa Kerajaan telah bersetuju dengan cadangan penstrukturan semula yang melibatkan empat syarikat konsesi lebuh raya di sekitar Lembah Klang di mana tiada lagi kenaikan kadar tol bagi keempat-empat buah lebuh raya berkenaan.

Dalam satu kenyataan media hari ini, Fadillah berkata Kerajaan mengalu-alukan pihak swasta untuk tampil dengan terma sedemikian, di mana tiada sebarang kenaikan kadar tol dan pihak syarikat konsesi akan memulangkan lebuh raya kepada Kerajaan sejurus setelah melunaskan hutang kewangannya. Katanya penambahbaikan tersebut bakal memberikan suatu kelegaan kepada rakyat di samping memenuhi obligasi kepada pihak pelabur.

Syarikat-syarikat konsesi yang terlibat dalam proses penstrukturan semula ini adalah seperti yang berikut:

“Pengguna lebuh raya-lebuh raya berkenaan tidak perlu lagi khuatir akan kebarangkalian kenaikan kadar tol dan Kerajaan juga tidak perlu lagi menggunakan hasil kutipan cukai daripada rakyat untuk membayar pampasan kepada syarikat konsesi.

Pada hari ini, suatu syarikat swasta iaitu Amanat Lebuhraya Rakyat Berhad (“ALR”) yang dipengerusikan oleh YBhg. Tan Sri Azlan Mohd Zainol di mana kesemua pemegang saham ALR ini tidak berasaskan keuntungan (“not-for-profit”), telahpun menawarkan untuk membeli 100% kesemua empat syarikat konsesi tersebut.

Melalui kaedah penstrukturan semula ini, tiada lagi pemegang saham yang berorientasikan keuntungan yang akan melibatkan pulangan kepada pemegang saham dalam apa jua bentuk (seperti dividen).” kata Fadillah.

Tambahnya, pemegang-pemegang saham sedia ada pula yang antaranya terdiri daripada KWSP, KWAP, PNBM dan Lembaga Tabung Haji akan mendapat pulangan daripada pelaburannya lebih awal daripada sepatutnya.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Related Articles

EkonomiMY LNAPendapat

Subsidi bersasar: Jangan seperti enau dalam belukar

Oleh: Prof. Madya Dr. Amanuddin Shamsuddin Topik atau isu berkaitan subsidi bersasar,...

AMEkonomiHighlightsMY LNA

Anwar adakan sesi dialog dengan pemimpin perniagaan, badan pengawal selia dan ahli ekonomi

PUTRAJAYA, 30 Mei 2023 – Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Dato’ Seri...

EkonomiMY LNAPendapat

MPC adil, namun BNM perlu pergiat usaha penerangan

Oleh: Dr Mohd Zaidi Md Zabri Kenaikan kadar dasar semalaman atau OPR...