Sains, Teknologi & Komunikasi @ My LNA

MALAYSIA MENYERTAI PROGRAM 5 YEAR LEGACY EKSPO EMIRIAH ARAB BERSATU (UAE) 2020 DUBAI

105
  • Program 5 Year Legacy Ekspo 2020 Dubai memberikan peluang kepada negara mengekalkan bangunan pavilion masing-masing di tapak Ekspo untuk 5 tahun yang akan datang.
  • Kerajaan bersetuju, melalui Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) untuk menyerahkan pavillion Malaysia kepada syarikat Aerodyne Group untuk digunakan sebagai ibu pejabat global kedua syarikat tersebut.

DUBAI, 29 Mac 2022 – Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI)     Dato’ Sri Dr Adham Baba mengumumkan hari ini bahawa Malaysia menyertai program 5 Year Legacy Ekspo 2020 Dubai kerajaan UAE, di mana Pavilion Malaysia akan dikekalkan dan digunakan bagi tempoh 5 tahun akan datang.

Pavilion Malaysia akan dijenamakan sebagai hab teknologi dan inovasi Malaysia di UAE dan dikekalkan sebagai hak milik kerajaan serta dikendalikan oleh syarikat swasta Malaysia bagi tempoh 5 tahun akan datang.

Hab ini akan beroperasi mengguna pakai konsep perkongsian awam-swasta di mana kedua-dua pihak iaitu kerajaan Malaysia dan syarikat swasta dapat menggunakan kemudahan pavilion tersebut sebagai platform untuk mempromosikan produk dan perkhidmatan berasaskan teknologi.

Penjenamaan Pavilion Malaysia sebagai Hab Teknologi dan Inovasi Malaysia mencerminkan cita-cita negara untuk menjadi sebuah negara digital yang berdaya saing di peringkat global,” kata Dr Adham Baba pada majlis penyerahan bangunan pavilion Malaysia di Dubai.

“Ini juga membuktikan aspirasi kerajaan untuk memacu ke arah pembangunan negara yang berteknologi tinggi secara global. Ini termasuk mengukuhkan hubungan dan kerjasama dua hala dengan negara Emiriah Arab Bersatu (UAE) dalam bidang ini.”

Satu Jawatankuasa Pemandu yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha MOSTI, Datuk Zainal Abidin Abu Hassan ditubuhkan bagi menilai keupayaan syarikat sebagai salah satu proses pemilihan syarikat. Antara kriteria utama pemilihan syarikat ialah mengetengahkan produk atau perkhidmatan baharu serta bertindak sebagai pemain industri dalam sektor strategik teknologi baharu seperti bandar pintar, logistik pintar, mobiliti pintar dan industri 4.0.

Jawatankuasa ini juga akan memantau pengoperasian Hab Teknologi dan Inovasi Malaysia untuk memastikan ianya mencapai sasaran matlamat yang telah ditetapkan.

Aerodyne Group merupakan syarikat tempatan Malaysia yang merupakan pemain utama di peringkat global sebagai penyedia Perkhidmatan Dron nombor satu dunia telah dipilih untuk mengambil alih pengoperasian Pavilion Malaysia di UAE.

Dr. Adham Baba berkata, “Kami mengiktiraf rakan kongsi dalam program ini untuk berkongsi aspirasi yang sama dalam bidang inovasi. Aerodyne Group diiktiraf sebagai peneraju utama global dalam sektor perkhidmatan dron. Perkembangan ini selari dengan profail syarikat berkenaan yang telah berkembang pesat dalam teknologi  baharu seperti mobiliti pintar dan logistik pintar. Dengan keupayaan dan rangkaian syarikat Aerodyne Group, Hab Teknologi dan Inovasi Malaysia akan terbukti menjadi aset yang amat bernilai untuk pertumbuhan syarikat mereka di rantau ini.”

Aerodyne Group akan memanfaatkan fasiliti ini sebagai ibu pejabat global kedua mereka.

Program 5 Year Legacy Ekspo 2020 Dubai adalah sebahagian daripada inisiatif jangka panjang kerajaan UAE untuk mengguna semula tapak acara expo untuk pembangunan komuniti yang berkonsepkan pelbagai gunayang dikenali sebagai District 2020 selepas berakhirnya Ekspo Dunia.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member