Pelancongan @ My LNA

MOTAC Zahir Tahniah, Selamat Datang Nancy dan Santhara

100

27 Ogos 2021- Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan (MOTAC) menzahirkan ucapan tahniah buat Dato’ Sri Nancy Shukri yang dilantik semula menjadi Menteri Pelancongan, Seni dan Kebudayaan.

Menerusi satu kenyataan media hari ini, MOTAC berharap segala perancangan yang digariskan sebelum ini dalam Pelan Pemulihan Pelancongan (PPP) dapat diteruskan bagi memperkasakan kembali keseluruhan rantaian sektor pelancongan yang terjejas susulan pandemik COVID-19 sejak tahun 2020.

Pelantikan Datuk Seri Santhara Kumar Ramanaidu sebagai Timbalan Menteri juga disambut baik oleh MOTAC.

“Pihak MOTAC yakin pemilihan dan pelantikan kedua-dua figura ini akan melengkapkan serta memperkukuhkan lagi barisan kepimpinan dan pasukan kerja MOTAC.

“MOTAC dengan sokongan para pemegang taruh serta pemain industri akan terus komited bagi mengembalikan semula sinar kegemilangan Malaysia di persada antarabangsa,” katanya.

Sebelum ini, untuk rekod, Nancy meletak jawatan sebagai Menteri Pelancongan, Seni dan Kebudayaan berikutan peletakkan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Perdana Menteri 16 Ogos lalu.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles