27 Ogos 2021 – “Saya akan berusaha sedaya upaya bagi memikul tugas dan amanah yang diberikan ini sebaik mungkin”. Itu tekad Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa sejurus dilantik ke jawatan tersebut.
Pada pengumuman barisan kabinet oleh Perdana Menteri, Datuk Sri Ismail Sabri, Annuar yang sebelum ini menerajui Kementerian Wilayah Persekutuan turut menjunjung kasih atas limpah perkenan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong untuk melantik beliau ke jawatan tersebut.
Menurut beliau lagi, kepercayaan dan amanah yang diberikan ini adalah satu penghormatan yang amat besar buat beliau, rakyat di Parlimen Ketereh dan juga kepada UMNO dan Barisan Nasional.
Beliau turut menyuarakan tekad untuk merangka hala tuju KKMM supaya lebih proaktif dan menyumbang kepada kemakmuran negara.
“KKMM mempunyai peranan yang sangat penting, lebih-lebih lagi ketika negara sedang berhadapan dengan pelbagai cabaran seperti pandemik Covid-19 dan pemulihan ekonomi, keperluan pemerkasaan sektor digital di samping pembelaan kehidupan rakyat.
“Semoga Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan kita dapat bekerjasama dalam satu saf yang tersusun dibawah kepimpinan YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob, Perdana Menteri Malaysia ke-9”, ujar beliau dalam kenyataan media hari ini.
- COVID-19 : Kes sembuh sebanyak 2,192
- Tempoh perkhidmatan Guru Interim lantikan tahun 2019 akan dilanjutkan untuk tempoh satu (1) tahun lagi
- Malaysia tubuhkan Pusat Revolusi Perindustrian Keempat (C4IR)
- Harga runcit petrol RON97 naik sebanyak 37 sen seliter. RON95 dan Diesel kekal
- Permohonan Geran Padanan dibuka kepada pengusaha hotel taraf 1 dan 2 Bintang