AMBM @ MY LNAEkonomi @ My LNAUTAMA

PADU dibangunkan sepenuhnya oleh penjawat awam

362
Sumber Foto : Halaman X Menteri Ekonomi

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli menjelaskan bahawa sistem Pangkalan Data Utama (PADU) yang akan diluncurkan oleh Perdana Menteri pada 2 Januari 2024 dibangunkan sepenuhnya oleh penjawat awam dari tiga agensi utama (Kementerian Ekonomi, Jabatan Perangkaan – DOSM dan MAMPU) yang melibatkan kerjasama semua agensi lain.

Rafizi turut berpendapat bahawa sistem PADU tersebut adalah ‘padu’ kerana ia melibatkan keseluruhan kepakaran dan tenaga penjawat awam, bukan perunding (consultant) dan kontraktor luar.

“Penjawat AWAM membangunkan PADU menggunakan peruntukan sedia ada dan segala infrastruktur yang telah ada tanpa perlu membuka tender baru kepada pihak swasta. Maka ia tidak melibatkan perbelanjaan tambahan seperti yang selalu berlaku setiap kali ada sistem baru yang diperkenalkan kerajaan.

PADU dibangunkan dalam tempoh masa yang sangat singkat iaitu tujuh bulan (dari Mei 2023 hingga Disember 2023). Ia mengatasi pelaksanaan projek-projek sistem yang dikendalikan oleh pihak swasta sebelum ini dari segi keupayaan menyiapkan sistem untuk keperluan kerajaan dan rakyat dalam tempoh yang begitu singkat.

PADU tidak akan melibatkan pembayaran setiap tahun kepada penyedia sistem pihak swasta seperti yang selalu berlaku kerana ia dibangunkan sepenuhnya oleh penjawat awam dan milik kerajaan sepenuhnya.” kata Rafizi melalui satu hantaran di halaman X rasmi beliau hari ini.

Katanya lagi, PADU berjaya disediakan dalam tempoh yang singkat dan tanpa peruntukan tambahan kerana hasil penat lelah penjawat awam yang bersengkang mata selama tujuh bulan.

“Dari awal, saya telah lontarkan cabaran ini kepada pasukan teras dari Kementerian Ekonomi, Jabatan Perangkaan – DOSM dan MAMPU, bahawa PADU ialah satu peluang untuk membuktikan kepakaran yang ada di kalangan penjawat awam. Saya berdoa kewujudan PADU akan membawa perubahan besar kepada khidmat awam dari kerajaan kepada rakyat.

Memang pasukan teras yang mengusahakan PADU akan terus berdepan dengan cabaran, tetapi jika ada pujian mengenai PADU, pujian itu layaknya kepada penjawat awam.

Terima kasih dari saya (secara terbuka) kepada semua penjawat awam dan keseluruhan anggota pasukan dari pelbagai agensi yang telah bertungkus lumus sejak Mei 2023 sehinggalah PADU dapat diluncurkan secara rasmi oleh YAB Perdana Menteri minggu depan.” ujar Rafizi.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAUTAMA

Menteri KKR turun padang tinjau projek naiktaraf jalan persekutuan di Hulu Langat

HULU LANGAT, SELANGOR 19 Mei 2024 – Menteri Kerja Raya, Dato Sri...

AMBM @ MY LNAJenayahUTAMA

KPDN serbu tiga buah rumah berhampiran surau yang dijadikan stor pakaian tiruan

PUTRAJAYA 18 Mei 2024 – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara...

BM @ MY LNAKomunikasi Digital @ My LNASains, Teknologi & Komunikasi @ My LNAUTAMA

Sistem CIPM MCMC raih anugerah

CYBERJAYA, 18 Mei 2024 – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah...