AMBM @ MY LNA

Timbalan KPN rasmikan mesyuarat agung tahunan KGT PDRM ke-36

133
Kredit Foto : Facebook rasmi PDRM

Sumber : Facebook rasmi PDRM

KUALA LUMPUR, 28 Disember 2023 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN) selaku Timbalan Presiden Kelab Golf Titiwangsa (KGT) Polis Diraja Malaysia (PDRM), DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan KGT PDRM ke-36 di Dewan Tun Hanif, di sini pagi tadi.

Kehadiran Dato’ Sri Ayob Khan telah disambut oleh Ketua Polis Selangor merangkap Naib Presiden (Eksekutif) KGT PDRM, CP Dato’ Hussein Omar Khan bersama Ketua Penolong Pengarah Pengurusan (Pentadbiran) Jabatan Pengurusan Bukit Aman merangkap Kapten KGT PDRM, SAC Datuk Mohd Sukri Kaman.

Dalam ucapannya, Dato’ Sri Ayob Khan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Pengurusan Tertinggi KGT PDRM yang sentiasa proaktif dan berusaha memastikan kelancaran tadbir urus kelab.

Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada Naib Presiden (Eksekutif) KGT PDRM terdahulu, CP Dato’ Sri Yahaya Othman (kini Ketua Polis Pahang) dan Kapten (Bersara) Amri Ab Rahman atas segala jasa yang dicurahkan sebelum meletak jawatan pada Oktober 2022.

“Dato’ Sri Yahaya dan Kapten Amri telah berjaya membuktikan kebolehan masing-masing semasa menerajui pengurusan KGT PDRM khususnya ketika krisis kesihatan melanda negara akibat penularan wabak COVID-19 yang merencatkan pengurusan kelab,” ucap beliau.

Tambah Dato’ Sri Ayob Khan, beliau turut berbangga dengan Pengurusan Tertinggi KGT PDRM yang berjaya menangani segala isu dan permasalahan berbangkit secara profesional, selain membuat penambahbaikan demi kepentingan semua ahli kelab.

“Ketua Polis Negara (IG Tan Sri Razarudin Husain) selaku Presiden dan saya secara peribadi sentiasa memberi sokongan padu ke atas segala usaha murni Ahli Jawatankuasa Pengurusan Kelab dalam membuat penambahbaikan yang bermanfaat kepada semua ahlinya,” ujar beliau lagi.

Seusai ucapan, Dato’ Sri Ayob Khan merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan KGT PDRM ke-36 yang kemudian dipengerusikan oleh Dato’ Hussein.

Turut hadir, barisan Ahli Jawatankuasa KGT PDRM.

Jurugambar: PDRM RMP TV.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

BM @ MY LNAKomunikasi Digital @ My LNASains, Teknologi & Komunikasi @ My LNAUTAMA

Sistem CIPM MCMC raih anugerah

CYBERJAYA, 18 Mei 2024 – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah...

BM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAUTAMA

MOTAC siasat insiden 300 jemaah haji terkandas di Mekah

PUTRAJAYA, 17 Mei 2024 – Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Dato Sri...

AMBM @ MY LNAJenayahUTAMA

Jabatan Imigresen Malaysia serbu kilang E-Waste didalangi warga asing

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) telah menjalankan operasi penguatkuasaan di sebuah premis tidak...

AMBM @ MY LNAPendapat @ My LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Wahai mahasiswa, sudah dimanfaatkankah kebebasan yang diberi oleh universiti?

Oleh: Dr. Abdul Muqit Muhammad Kebebasan akademik merupakan roh yang menghidupkan masyarakat...