AMBM @ MY LNAPerumahan @ My LNAUTAMA

KPKT berjaya laksanakan 5,196 projek pembangunan rakyat sepanjang tahun ini

193

SERI KEMBANGAN, 28 Disember 2023 – Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming telah mengumumkan kejayaan pelaksanaan 5,196 projek pembangunan kepada rakyat bagi tahun 2023 dengan jumlah
peruntukan sebanyak RM700 juta. Pengumuman tersebut telah dibuat dalam satu sidang media semasa lawatan kerja turun padang beliau ke Pasar Bazar Rakyat Seri Kembangan pada pagi ini.

Beliau turut meninjau kerja-kerja membaik pulih pasar tersebut dengan memberikan peruntukan keseluruhan berjumlah RM300 ribu yang telah disalurkan oleh KPKT meliputi kerja-kerja mengecat semula struktur besi, dinding bata, penggantian penutup longkang (MS Grating) dan kerja-kerja menaik taraf tandas/pembaikan tandas.

Dalam sidang media tersebut, YB Kor Ming turut memaklumkan bagi tahun 2023, jumlah peruntukan BP.1 yang telah diluluskan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah mengalami peningkatan yang ketara dengan jumlah sebanyak RM700 juta berbanding RM489 juta pada tahun 2022. Ia melibatkan keseluruhan pelaksanaan 5,196 projek yang terbahagi kepada empat (4) fokus utama iaitu sosioekonomi, kemudahan awam, keselamatan dan infrastruktur.

“Pertambahan peruntukan sebanyak 43.1 peratus ini membuktikan kejayaan dan kecekapan KPKT dalam menyusun strategi pembangunan yang berkesan serta memberikan impak besar kepada rakyat. Prestasi ini bukan sahaja mencerminkan pertumbuhan positif dalam sektor pembangunan di kawasan perbandaran dan pekan-pekan kecil di seluruh negara, malahan juga menunjukkan kesungguhan KPKT dalam memenuhi keperluan dan menyelesaikan masalah rakyat di lapangan.

Keseluruhan projek ini dilaksanakan secara kerjasama erat antara KPKT dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dengan matlamat yang jelas, iaitu untuk meningkatkan taraf hidup dan menjayakan peluang ekonomi masyarakat setempat
melalui pembangunan fizikal dan sosioekonomi. Kejayaan pelaksanaan projek tahun 2023 ini dapat diterjemahkan melalui inisiatif yang memberikan impak tinggi kepada PBT.” kata Kor Ming.

Daripada jumlah tersebut, menerusi Inisiatif Belanjawan Tahun 2023 Kerajaan juga telah menetapkan dan meluluskan sejumlah RM191 juta bagi pelaksanaan MyKiosk, projek perparitan dan projek kolam takungan banjir. Sepanjang tahun 2023 juga, KPKT telah mengadakan pelbagai aktiviti turun padang melalui ’Program Sentuhan Kasih KPKT’ ke semua negeri bagi meneliti dan menyantuni nadi permasalahan rakyat dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) secara lebih dekat dan terbuka.

Hasilnya, KPKT telah meluluskan sebanyak RM72.7 juta meliputi 87 projek yang dapat memberikan impak segera bagi penyelesaian masalah rakyat di kawasan terlibat.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAHak Asasi @ My LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Mereka perlukan sokongan, bukan kejian

Oleh: Dr. Mohd Salim Mohamed Baru-baru ini satu drama mengenai khunsa telah...

AMBM @ MY LNAJenayahPengguna @ My LNA

KPDN serbu stor haram tempat simpan LPG

PUTRAJAYA, 9 Mei 2024 – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Salahkah tayang bahagia di media sosial?

Oleh: Prof. Madya Dr. Azmawaty Mohamad Nor Pada suatu ketika dahulu, ramai...

Biz @ My LNABM @ MY LNA

AGM Globetronics Ke-27 berjaya dengan Semua Resolusi Utama Diluluskan

PULAU PINANG, 8 Mei 2024 – Globetronics Technology Bhd  (“GTB” atau “Kumpulan”), pemain yang terkenal...