Home MY LNA AM Maritim Malaysia sertai “International Seapower Symposium ke 25” (Iss – 25); Pentas Penting Perkukuh Persefahaman dalam Keselamatan Maritim Antarabangsa
AMKeselamatanMY LNAUTAMA

Maritim Malaysia sertai “International Seapower Symposium ke 25” (Iss – 25); Pentas Penting Perkukuh Persefahaman dalam Keselamatan Maritim Antarabangsa

Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan bin Ibrahim bersama Commandant United States Coastguard (USCG), Admiral Linda Fagan.

PUTRAJAYA, 23 September – Buat julung kali pada tahun 2023, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dijemput menyertai International Seapower Symposium yg ke 25 (ISS-25) anjuran Pejabat Chief of Naval Operations, United States Navy. ISS telah berlangsung dengan jayanya bermula 19 hingga 22 September 2023 di Naval War College, Rhode Island, Newport, Amerika Syarikat. Penganjuran ISS-25 tahun ini telah melibatkan penyertaan ketua-ketua tentera laut daripada 82 negara dan ketua-ketua coastguard daripada 17 negara.

Pemangku Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan bin Ibrahim yang hadir mewakili Maritim Malaysia berkata, ISS merupakan program yang penting sebagai platform kepada ketua-ketua tentera laut dan coastguard di peringkat antarabangsa untuk mengkaji cabaran semasa dalam bidang keselamatan maritim serta membuka ruang kepada negara-negara terlibat dalam mengukuhkan kesediaan kerjasama.

ISS-25 kali ini telah memberi ruang kepada peserta yang mewakili negara-negara maritim untuk berbincang mengenai kaedah terbaik dengan mewujudkan peluang kerjasama serantau mahupun antarabangsa bagi mencari penyelesaian dalam mendepani cabaran yang dihadapi di peringkat global.

Sempena penganjuran simposium itu, Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan bin Ibrahim berpeluang mengadakan perbincangan secara bersemuka dengan Commandant United States Coastguard (USCG), Admiral Linda Fagan. Perbincangan tersebut merangkumi inisiatif kerjasama strategik di antara Maritim Malaysia dan USCG dalam bidang latihan dan pembangunan kapasiti selain mengupas isu-isu berkaitan keselamatan maritim.

Selain itu, turut diadakan sesi pertemuan dengan Commander USCG Pacific Area, Rear Admiral Brendan McPherson dan Chief Republic of Singapore Navy, Rear Admiral Sean Wat. Pertemuan itu telah mengupas pelbagai perkara penting berkaitan keselamatan dan keamanan maritim serantau serta memperkukuh dan mengeratkan hubungan kerjasama strategik yang sedia terjalin.

Berdasarkan rekod, International Seapower Symposium ini telah dianjurkan buat pertama kali pada tahun 1969. Penglibatan julung kali Maritim Malaysia menerusi undangan daripada US Navy dan US Coast Guard itu telah melonjakkan imej positif Maritim Malaysia di persada dunia. Secara tidak langsung ia juga menjadi satu pengikhtirafan kepada Malaysia yang mempunyai agensi coastguard tersendiri.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Related Articles

Health @ My LNAHighlightsMY LNAMy LNA English

Pay heed to your children’s bad breath

By: Prof. Dr. Mohammad Tariqur Rahman Many of us wake up early...

Isu SemasaMY LNA

MOTAC kemaskini Senarai Amaran Entiti Yang Telah Melanggar Akta 482

PUTRAJAYA, 7 Disember 2023 – Tindakan wajar akan diambil mengenai insiden penipuan...

Gaya Hidup @ My LNAMuzik dan HiburanMY LNA

Anugerah Lagu Indie Kembali Untuk Musim Ke-4 Dengan Nafas Baru

Puchong, 7 Disember 2023 – Anugerah Lagu Indie (ALI) kembali untuk musim...

AMHak AsasiKajian SosialMY LNAPendapat @ My LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Didiklah mereka dengan ujian dari sana

Oleh: Dr. Nurul Husna Mansor, Dr. Azmawaty Mohamad Nor Hingga saat ini,...