AMBM @ MY LNAPengguna @ My LNASekuriti Makanan @ My LNAUTAMA

KPDN jamin bantu KPM lakukan pemeriksaan di bawah OPS JAMIN di seluruh negara – Armizan

461
Pemangku Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali . Kredit Foto UKK KPDN

RAUB, 23 September 2023 – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) memberi jaminan akan terus membantu Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) dalam melakukan pemeriksaan di bawah OPS JAMIN di seluruh Negara.

Menurut Pemangku Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali dalam masa yang sama KPDN akan terus menggiatkan tindakan penguatkuasaan di bawah perundangan serta bidang kuasa KPDN terutamanya dalam menangani isu penukaran label kampit beras yang dikhuatiri berlaku susulan pelarasan harga baharu bagi beras putih import (BPI).

“Bermula pada 7 Julai 2023, KPDN dan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) telah melancarkan Kolaborasi Bersepadu OPS JAMIN bagi memastikan keterjaminan bekalan beras dengan harga yang stabil dan terkawal untuk keperluan pengguna.

Kerjasama strategik yang melibatkan penguatkuasaan, perkongsian maklumat dan pemantauan di antara KPDN dan KPKM melalui OPS JAMIN ini amat penting bagi mengenalpasti keseluruhan rantaian pengedaran beras di semua peringkat pemborong hingga ke peringkat peruncit.” katanya dalam satu kenyataan media semalam.

Kredit Foto : UKK KPDN

Semalam, Armizan telah berkesempatan melakukan pemeriksaan di satu (1) premis pemborong beras utama di daerah Raub, Pahang iaitu Syarikat Jerik Trading Sdn. Bhd., dan sebuah premis peringkat peruncit iaitu Pasar Raya Pantai Timur.

Menurut Armizan, pemeriksaan itu dilakukan bagi melihat sendiri situasi semasa yangberlaku di lapangan berhubung kedudukan bekalan dan harga beras di peringkat pemborong dan peruncit serta barangan keperluan harian yang lain termasuk gula, minyak masak dan sebagainya.

Katanya lagi, berdasarkan statistik penguatkuasaan di bawah OPS JAMIN oleh KPDN bermula 7 Julai 2023 sehingga 22 September 2023, sebanyak 720 pemeriksaan telah dijalankan di Negeri Pahang manakala sebanyak 8,684 pemeriksaan telah dilakukan di seluruh Negara melibatkan pelbagai peringkat rantaian pengedaran termasuklah di peringkat pengilang, pemborong dan peruncit.

“Daripada jumlah tersebut, sebanyak 3 kes telah diambil ke atas peniaga kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Pelindungan Pengguna 1999 dan 1 kes melibatkan Akta Perihal Dagangan 2011. Manakala sebanyak 213 aduan melibatkan aduan harga, bekalan dan lainlain berkaitan beras diterima dalam tempoh yang sama dan telah disalurkan kepada KPKM untuk tindakan lanjut.” ujar Armizan.

Turut hadir dalam pemantauan yang dilakukan tu adalah pengurusan tertinggi Kementerian, Bahagian Penguat Kuasa (BPGK) Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dan Penguat Kuasa Kawalselia Padi dan Beras (KPB) Negeri Pahang, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM).

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAPendidikan @ My LNASekuriti Makanan @ My LNASukarelawan @ My LNAUTAMA

Mahasiswa UM menyelamat sayur dan buah-buahan

Menurut laporan dari Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp), Malaysia...

AMBM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAUTAMA

Formula Surcaj Lewat Bayar Bil Elektrik TNB Yang Tular Adalah Salah

Oleh : JomCheck Tular di media sosial tuduhan bahawa Tenaga Nasional Berhad...