AMBM @ MY LNAKomunikasi Digital @ My LNASains, Teknologi & Komunikasi @ My LNAUTAMA

IRC 2024: Menyelaras Keselamatan dan Inovasi Untuk Masa Depan Digital Yang Lestari

81
Kredit Foto : Halaman X Rasmi Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil

KUALA LUMPUR, 6 Mei 2024 – Persidangan Kawal Selia Antarabangsa (IRC) 2024 yang julung kali diadakan di Kuala Lumpur pada hari ini telah berjaya menarik penyertaan lebih 800 peserta dari ASEAN, Korea, Australia dan United Kingdom dengan matlamat untuk menangani isu-isu penting berkaitan inovasi digital dan kawal selia. Ia telah dirasmikan oleh Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil.

Tema persidangan tersebut adalah ‘Aligning Innovation with Safety for a Sustainable Future,’ dan dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

“Sejajar dengan usaha Kerajaan Malaysia untuk memacu inovasi dan memanfaatkan kepakaran teknologi,
MCMC telah menghimpunkan barisan pakar daripada pelbagai latar belakang, termasuk pengawal selia, penggubal dasar dan delegasi ASEAN, untuk bertukar pandangan, memupuk kerjasama dan mempengaruhi trajektori kawal selia dalam landskap global yang semakin berkembang.

Saya juga ingin mengumumkan bahawa Malaysia sedang giat merangka undang-undang berkaitan keselamatan dalam talian bagi menangani ancaman dalam talian yang timbul.” kata Fahmi dalam ucapannya.

Selain itu, antara usaha berterusan dilaksanakan oleh Kerajaan untuk membina sebuah komuniti berdaya tahan termasuklah meningkatkan usaha keselamatan siber yang memberi keutamaan kepada keselamatan dalam talian. Kerajaan baru-baru ini juga telah meluluskan Akta Keselamatan Siber 2024 bagi memperkukuh kerangka keselamatan siber negara.

“Selain itu, Kerajaan juga sedang memuktamadkan sebuah kerangka yang konstruktif bagi mengawal selia platform dalam talian untuk melindungi mereka berusia 13 tahun ke bawah daripada ancaman negatif akibat pendedahan awal penggunaan media sosial.

“Perkongsian daripada pengawal selia dan pakar bidang subjek adalah penting bagi memastikan sektor telekomunikasi terus berkembang dan membentuk masa depan yang menyaksikan ekosistem digital kekal sebagai daya penggerak untuk ketersambungan dan inovasi.” kata MCMC.

Beberapa sorotan utama sepanjang persidangan ini termasuk ucap tama daripada Ofcom berkenaan dengan Akta Keselamatan Dalam Talian UK, panel kawal selia ASEAN mengenai kemajuan e-dagang, perbincangan berkaitan teknologi-teknologi baharu muncul seperti Kecerdasan Buatan dan Blockchain serta strategi-strategi untuk merapatkan jurang digital bagi mempromosikan ketersambungan inklusif.

Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN pada 2025 akan memberi tumpuan kepada usaha membangunkan visi pasca 2025 untuk komuniti ASEAN yang menekankan kepada aspek ketahanan, kestabilan dan keamanan.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAJenayahUTAMA

KPDN serbu tiga buah rumah berhampiran surau yang dijadikan stor pakaian tiruan

PUTRAJAYA 18 Mei 2024 – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara...

BM @ MY LNAKomunikasi Digital @ My LNASains, Teknologi & Komunikasi @ My LNAUTAMA

Sistem CIPM MCMC raih anugerah

CYBERJAYA, 18 Mei 2024 – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah...

BM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAUTAMA

MOTAC siasat insiden 300 jemaah haji terkandas di Mekah

PUTRAJAYA, 17 Mei 2024 – Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Dato Sri...