AMBM @ MY LNAPendidikan @ My LNASains, Teknologi & Komunikasi @ My LNAUTAMA

MOSTI akan pastikan Malaysia tidak ketandusan Modal Insan dalam Bidang STI

301

KALABAKAN, 23 September 2023 – Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) akan memastikan Malaysia tidak ketandusan ‘talent pool’ atau modal insan dalam bidang Sains, Teknologi dan Inovasi bagi menampung permintaan dalam industri berasaskan teknologi.

Berucap di Majlis Perasmian Kembara Sains Borneo Siri Dua Tahun 2023 di Kalabakan, Timbalan Menteri MOSTI, Datuk Arthur Joseph Kurup berkata, peluang-peluang pekerjaan dalam bidang STI mampu melonjakkan pendapatan individu terutamanya anak-anak muda di luar bandar dengan menawarkan pelbagai kerjaya yang luas sejajar dengan perkembangan teknologi yang pesat.

“Peluang-peluang pekerjaan dalam bidang STI mampu melonjakkan pendapatan individu dengan menawarkan gaji yang lumayan. Bagi membolehkan anak-anak muda kita merebut peluang-peluang ekonomi dalam bidang STI, ianya bermula daripada penglibatan aktif para pelajar kita dalam bidang STEM.” ujar Arthur Joseph Kurup.

Katanya lagi, Kerajaan telah berjaya menarik perhatian syarikat-syarikat gergasi teknologi luar seperti Infineon Technologies AG, Tesla, AWS dan banyak lagi untuk melabur di Malaysia, secara tidak langsung membawa peluang pekerjaan dalam bidang STI untuk diisi warga tempatan.

Justeru, bagi memastikan usaha tersebut tercapai, MOSTI melalui Pusat Sains Negara (PSN) mengambil langkah proaktif dengan menganjurkan Kembara Sains Borneo (KSB) Siri 2 yang merupakan inisiatif di bawah payung besar Minggu Sains Negara (MSN). KSB merupakan program yang julung kalinya diadakan di Sabah dan usaha ini merupakan inisiatif untuk merapatkan jurang pembudayaan sains dalam kalangan anak-anak muda sekaligus meningkatkan populariti dalam bidang STI.

Katanya, melalui KSB Siri 2 ini, PSN membawakan pengalaman sesebuah Pusat Sains kepada komuniti luar bandar dengan menyediakan aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan serta membawa bahan-bahan pameran interaktif khas dibawakan daripada Kuala Lumpur.

“Parlimen Kalabakan merupakan lokasi kedua dalam Kembara Sains Borneo Siri 2 yang mana pada 15 September yang lalu PSN telah menjelajah Parlimen Kimanis pada 15 September 2023 yang lalu dan berjaya menarik seramai 10,212 pengunjung di sepanjang 3 hari berlangsungnya KSB Siri 2 di Parlimen Kimanis.”

Melihat kepada sambutan yang meriah di Parlimen Kimanis dan Kalabakan, MOSTI percaya sasaran yang ditetapkan pada awal penganjuran program dengan kehadiran seramai 20 ribu pengunjung akan dapat dicapai di penghujung KSB Siri 2 yang akan berlangsung di Parlimen Pensiangan hujung bulan ini.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy,menzahirkan ucapan syabas dan tahniah kepada semua rakan-rakan strategik yang telah memberikan kerjasama dan sokongan penuh bagi menjayakan program Kembara Sains Borneo Siri 2.

Ketika menyampaikan ucapan aluan, beliau menyatakan hampir 2900 pelajar telah mengikuti 4 program sampingan yang dilaksanakan pada 20 hingga 21 September di 3 buah sekolah di Parlimen Kalabakan iaitu SK Kukusan, SK Merotai Besar dan SMK Merotai Besar.

KSB Siri 2 berlangsung di tiga lokasi terpilih di Sabah iaitu Kimanis (15-17 September 2023), Kalabakan (22-24 September 2023) dan Pensiangan (29 September – 1 Oktober 2023) dan penyertaan dan kemasukan adalah percuma kepada semua.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAPendapat @ My LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Isu keciciran dalam pelajaran perlu ditangani bersama

Oleh: Dr. Samsul Farid Samsuddin Kementerian Pendidikan (KPM) melalui Timbalan Menterinya Wong...

Biz @ My LNABM @ MY LNAGaya Hidup @ My LNA

Gen Z Percaya Pempengaruh untuk Cadangan Tulen

71% Gen Z Guna Strim Langsung seperti Shopee Live untuk Pembelian Bijak...