Biz @ My LNABM @ MY LNAGaya Hidup @ My LNA

Gen Z Percaya Pempengaruh untuk Cadangan Tulen

146
Belakang tabir studio Shopee Live

71% Gen Z Guna Strim Langsung seperti Shopee Live untuk Pembelian Bijak

KUALA LUMPUR, 29 April 2024 – Kajian pasaran ‘Masa Hadapan Membeli-belah: Menawan Pembeli-belah Generasi Z di Era Digital’ hasil kolaborasi Shopee dan Kantar mendapati 86% Gen Z mencari “shoppertainment” selain membeli produk apabila melayari platform e-dagang seperti Shopee. Responden yang ditinjau mahukan hubungan secara langsung dengan individu yang berfikiran sehaluan sambil menikmati kandungan yang berinformatif dan menyeronokkan apabila membeli-belah dalam talian.

71% daripada responden aktif mencari review dan demonstrasi produk di dalam ciri strim langsung seperti Shopee Live untuk membuat keputusan pembelian. Mereka mengutamakan keterangan produk, cadangan pencarian yang diperibadikan dengan keperluan mereka, dan review secara langsung dari pempengaruh untuk pengalaman membeli-belah yang lancar. Kandungan dan penglibatan tulen dari Shopee Affiliate mempengaruhi rakyat Malaysia di mana mereka mencari input dan nasihat pempengaruh dari segi ketahanan produk, diskaun, dan keutamaan mereka dalam membuat setiap pembelian.

Lebih menarik, majoriti yang ditinjau mencari review produk yang jujur dan berinformatif di mana 4 dalam 10 aktif mencari hiburan sepanjang perjalanan pembelian mereka. Golongan demografi ini tertarik dengan ciri seperti diskaun dan ganjaran eksklusif di Shopee Live. Mereka aktif menyertai strim lansung yang mempunyai misi untuk mendapatkan Shopee Coins, dan mencari rancangan permainan menarik dan acara giveaway di Shopee Mamak.

Ming Kit Tan, Ketua Pemasaran dan Pengurusan Data di Shopee Malaysia berkata, “Ahli Shopee Affiliate kami memainkan peranan utama dalam memanusiakan e-dagang. Mereka mencipta kandungan yang menarik dan menyeronokkan yang diperibadikan khusus untuk memenuhi keutamaan Gen Z. Mereka memahami nilai berstrim langsung untuk menjana penglibatan pengguna melalui interaksi secara langsung dan memacu aktiviti pembelian. Para affiliate kami merupakan suara dan pencipta trend dalam komuniti mereka. Mereka mempunyai kuasa untuk melebarkan kepercayaan dan hubungan dengan penonton mereka melebihi dinding digital.” 

Ahli Shopee Affiliate cemerlang berkongsi pendapat dan pengalaman mereka di forum pane ‘Championing Inclusive Commerce 2024’. (Dari kiri) Rita Zafran, Syada Azmah

Shopee komited dengan pemperibadian pengguna. Dalam kajian “Menyokong Perdagangan Inklusif 2024” yang meninjau 3,000 ahli affiliate pada Januari 2024 mendedahkan 90% mengutamakan e-dagang yang dimanusiakan buat pengguna melalui hantaran dan strim langsung yang diperibadikan. Ini selari dengan keiinginan pengguna yang mahukan hubungan tulen dan pendidikan produk jujur berdasarkan pengalaman.  

Strim langsung memperkasakan pengguna dan penjual untuk membina hubungan dan kepercayaan melebihi dunia digital. Dalam Shopee berterusan untuk mengembangkan ekosistemnya selarasa dengan landskap e-dagang yang semakin berkembang maju, Shopee Affiliate memainkan peranan penting dalam memastikan pengguna sentiasa mempunyai maklumat yang diperlukan sepanjang perjalanan membeli-belah mereka.

Kenaikan ketara 420% dalam pesanan yang dipacu ahli affiliate pada 2023 dan kenaikan lebih 155,000 ahli affiliate baharu pada 2024 menunjukkan bahawa trend ini akan berkekalan. Bercakap melalui pengalaman, Celeste Phuah, ahli penstrim langsung Shopee Affiliate yang cemerlang menjelaskan, “Saya percaya ianya amat penting buat saya untuk berkongsi pendapat jujur dan tulen saya dengan penonton. Berdasarkan minat mereka dan pengalaman saya sendiri, saya cuba sebaik mungkin untuk memaklumkan kepada mereka tentang pelbagai faedah dan ciri produk setelah mencubanya. Dengan cara ini, saya yakin bahawa sesuatu produk itu memanfaatkan penonton dengan harga berbaloi.”

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Mencari kepuasan kerja dalam Islam

Oleh: Prof Madya Dr Ilhaamie Abdul Ghani Azmi Pekerja merupakan aset bagi...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Mengurus raksasa narsisisme di tempat kerja

Oleh: Nurfilzah Emily Mohamad Khairuddin Berhadapan dengan pelbagai jenis karakter individu adalah...

BM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAJenayahUTAMA

PDRM edar lakaran fotolit suspek kes simbah asid

KUALA LUMPUR. 19 Mei 2024 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengedarkan...