Politik @ My LNAPRU15

Mahdzir Cadang Guna Gelaran Yang Berkhidmat, Bukan Lagi Yang Berhormat

235

KUALA NERANG, 16 November 2022 – Gelaran ‘Yang Berhormat’ (YB) yang sering digunakan bagi merujuk kepada wakil rakyat di negara ini, wajar ditukarkan kepada ‘Yang Berkhidmat’, sesuai dengan situasi semasa.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, panggilan Yang Berkhidmat dilihat lebih tepat bagi menggambarkan peranan yang sepatutnya dimainkan oleh wakil-wakil rakyat.

“Panggilan ‘Yang Berkhidmat’ itu lebih tepat bagi menggambarkan rekod perkhidmatan setiap wakil rakyat.

Jika perkara itu dilaksanakan, orang ramai juga boleh menjustifikasikan seseorang wakil rakyat tersebut dengan panggilan ‘Yang Berkhidmat’ yang disandang individu berkenaan.”

Beliau berkata demikian kepada media selepas Majlis Ramah Mesra Bersama Kakitangan dan pelajar Kolej MARA Kuala Nerang di sini hari ini.

Jelas Mahdzir yang juga Penyandang dan calon BN bagi Parlimen Padang Terap, penggunaan gelaran itu juga akan menjadikan wakil rakyat lebih dekat dihati rakyat.

“Yang berkhidmat ini perlu sedar bahawa mereka memiliki dua tugas untuk dilaksanakan iaitu membuat dasar di Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN) serta memberi khidmat kepada rakyat.

Jadi dalam tempoh lima tahun itu, rakyat bolehlah menilai sama ada ‘Yang berkhidmat’ itu benar-benar berkhidmat di kawasan mereka,” katanya.

Lagi Mengenai PRU15 :

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

BM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAPolitik @ My LNA

Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Negeri Selangor di KKB Boleh Jadi Satu Kesalahan Pilihan Raya

Dikeluarkan oleh: Jawatankuasa Pemandu BERSIH Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) merujuk kepada...

BM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAPolitik @ My LNA

BERSIH desak Kerajaan laksana Reformasi Proses Pelantikan Pengerusi SPR & Pindaan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 segera

Dikeluarkan oleh: Jawatankuasa Pemandu BERSIH Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH)...

BM @ MY LNAPendapat @ My LNAPolitik @ My LNAUTAMA

BERSIH Selar Pengumuman Peruntukan Terpilih Kerajaan di Kuala Kubu Bharu

Dikeluarkan oleh: Jawatankuasa Pemandu BERSIH Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH)...

BM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAPolitik @ My LNA

BERSIH mahu perbicaraan pengampunan Najib dibuat secara terbuka

KUALA LUMPUR, 18 April 2024 – Susulan keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan...