Luar Bandar @ My LNAPRU15

Pelaburan Tertinggi di Pahang Hadiah Saya Untuk Pengundi Lipis – Abdul Rahman

197

LIPIS, 18 November 2022 – Barisan Nasional (BN) adalah satu-satunya parti yang mampu membawa kemakmuran dan kestabilan berdasarkan rekod cemerlang parti dalam mengurus dan mentadbir negara.

Calon BN P079 Lipis, Dato’ Sri Abdul Rahman Mohamad berkata, sejumlah RM 1.4b nilai pelaburan dan inisiatif untuk rakyat yang telah dibawa ke Parlimen Lipis yang merupakan antara parlimen luar bandar di Malaysia membuktikan kemampuan BN membawa masuk pelabur dari luar untuk melabur walaupun berdepan dengan kelembapan ekonomi dunia.

“Jumlah ini adalah jumlah pelaburan yang dibawa masuk untuk Bandar Pertahanan Lipis yang bernilai lebih RM 1bilion selain projek-projek berimpak tinggi seperti projek penternakan ayam daging bernilai RM 500 juta untuk menjana ekonomi dan pendapatan penduduk setempat.

Selain itu, jumlah ini turut merangkumi pelbagai projek prasarana luar bandar bernilai RM 149 juta, RM 836 ribu untuk pelbagai bantuan usahawan dan program penjanaan pendapatan selain pelbagai inisiatif untuk pelbagai lapisan penduduk di Lipis membuktikan BN tidak pernah ketandusan idea dalam mencorakkan pembangunan di Lipis sekaligus antara parlimen yang menerima pelaburan tertinggi di negeri ini”, ujar beliau.

Tambah Abdul Rahman, kesemua projek-projek dan pelaburan ini mampu menjana peluang pekerjaan di Lipis sekaligus mampu merancakkan kembali ekonomi dan memberikan pendapatan kepada penduduk di Lipis.

Beliau yang juga merupakan penyandang kerusi Parlimen Lipis turut berpegang kepada pelan strategik pembangunan Lipis yang diilhamkan oleh beliau sebelum ini sebagai asas panduan dalam membantu penduduk Lipis untuk menjadi antara sebuah parlimen yang berdaya usaha dalam bidang ekonomi.

Abdul Rahman Mohamad yang juga Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar yakin pengundi dan pengundi luar mampu menilai kebolehan beliau sebagai calon untuk dipilih bagi mewakili penduduk Lipis di Parlimen.

“Saya berharap pengundi tempatan dan pengundi luar dapat melihat kejayaan dan perkhidmatan yang telah saya berikan sekaligus memberikan mendat kepada saya dan Barisan Nasional untuk Kembali membentuk kerajaan persekutuan dan negeri.

Beliau turut menganggap apa yg diterima oleh parlimen beliau sebagai hadiah untuk pengundi pada PRU-15 ini.

“Demi kestabilan dan kemakmuran, saya percaya pengundi juga sudah matang dalam membuat keputusan bagi memilih parti yang diyakini mampu mentadbir negara selain membentuk kerajaan yang stabil untuk membangunkan Lipis dan Malaysia”, ujar beliau lagi.

Parlimen Lipis bakal menyaksikan pertandingan 4 penjuru antara penyandang kerusi Dato’ Sri Abdul Rahman Mohamad (BN), menentang Tengku Zulpuri Shah (PH), Aishaton Abu Bakar (Pejuang) dan Dato’ Shahrum (PN).

Lagi Mengenai PRU15 :

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNALuar Bandar @ My LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

UPSI hulur bantuan persekolahan, terajui pendidikan bitara bagi masyarakat orang asli

Oleh : Muhammad Fatkhurrozak Sokhipul Hadi, Mohamad Naqiuddin & Nur Sabrina SLIM...

AMBelia & My LNABM @ MY LNALuar Bandar @ My LNAUTAMA

KKDW peruntukkan sebanyak RM5.41 juta kepada Golongan Belia di Negeri Johor

JOHOR – Program Belia Desa Madani @KKDW yang diadakan pada Jumaat lepas...

AMBM @ MY LNALuar Bandar @ My LNAUTAMA

Pelaksanaan sambutan Hari Orang Asli Sedunia tanda sokongan negara terhadap resolusi UN

Bagi tahun 2023, tema sambutan Hari Orang Asal Sedunia adalah ‘Belia Orang...