Home MY LNA AM Politik @ My LNA Dakwaan PH Hampir Menang 100 Kerusi Hanya Perang Psikologi PKR
Politik @ My LNAPRU15

Dakwaan PH Hampir Menang 100 Kerusi Hanya Perang Psikologi PKR

PADANG TERAP, 16 November 2022- Dakwaan Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli kononnya Pakatan Harapan (PH) hampir memenangi 100 kerusi dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), hanya satu bentuk perang psikologi untuk mempengaruhi pengundi.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, tindakan seumpama itu tidak lagi asing menjelang hari pengundian dan sering digunakan oleh parti lawan.

“Semua parti ada perkiraan sendiri tetapi mana yang tak menang itu, katakan sajalah tak menang. Bagi saya tindakan dilakukan Rafizi itu merupakan satu peperangan psikologi semata-mata.

“Di pihak BN pun, kami ada perkiraan sendiri. Insya Allah, BN boleh menubuhkan kerajaan di Persekutuan,” katanya kepada media selepas majlis ramah mesra bersama kakitangan dan pelajar Kolej MARA Kuala Nerang dekat sini, hari ini.

Menurut Mahdzir, seperti parti-parti politik lain, Rafizi serta PKR sudah tentu memiliki kiraan dan culaan sendiri bagi menghadapi PRU.

Bagi BN katanya, juga mempunyai keyakinan yang tinggi dengan angka yang mencukupi untuk menubuhkan kerajaan selepas PRU15 nanti.

Rafizi dalam ceramah PH di Balik Pulau, Pulau Pinang kelmarin mendakwa, gabungan tersebut semakin hampir memenangi 100 kerusi Parlimen ketika kempen PRU15 kian ke penghujung.

Malah Rafizi juga berkata, PH turut yakin mencatat kemenangan besar di negeri kubu kuat mereka iaitu di Pulau Pinang, Selangor, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan.

Lagi Mengenai PRU15 :

Leave a comment

Please Login to Comment.

Related Articles

AMIsu SemasaMY LNAPolitik @ My LNAUTAMA

MA63 : Kuasa pentadbiran sektor kesihatan dan pendidikan

Ikuti video ulasan Tan Sri Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku...

MY LNAPolitik @ My LNA

Sokong Kerajaan Perpaduan, pelihara kepentingan seluruh rakyat Malaysia

Rakyat Malaysia diseru supaya terus menyokong Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar...

MY LNAPolitik @ My LNA

Lima petikan penting daripada ucapan Anthony Loke di Persidangan Parti DAP 2023

“Kita mesti mengingatkan diri sendiri bahawa pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli DAP mestilah sentiasa...

AMMY LNAPolitik @ My LNAUTAMA

Berita Ahli Parlimen BN mahu kosongkan kerusi adalah khabar angin – Ahmad Zahid

SHAH ALAM, 21 Ogos 2023 – Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan...