PRU15

Jangan Buat Pilihan Bersandarkan Slogan Yang Dicanang Parti Politik Semata-Mata

103

PENDANG, 18 November 2022- Pengundi diingatkan agat tidak membuat pilihan hanya bersandarkan kepada slogan yang dicanang oleh sesebuah gabungan mahu pun parti politik semata-mata.

Ini kerana menurut Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid, slogan yang dicanang ada kalanya berbeza dengan realiti dan tidak menggambarkan keadaan sebenar sesebuah parti.

“Slogan ini boleh dibuat dan direka tetapi apabila datang kepada pelaksanaan dalam kerajaan nanti, mereka tahulah slogan itu ke mana dan aktiviti sebenarnya macam mana.

Macam-macam benda sebenarnya boleh berlaku sebab rakyat sudah ada informasi di hujung jari, hampir setiap hari mereka kumpul serta nilaikan maklumat dan disebabkan itu, mereka mampu menilai slogan mana yang benar-benar boleh dipercayai dan dilaksanakan.”

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Program Kempen Pembukaan Tanah Terbiar dan Tanam Semula FELCRA Berhad di FELCRA Perupok, dekat sini, hari ini.

Tambah Mahdzir, rakyat kini sudah bijak untuk mengumpul dan menilai setiap maklumat diterima mereka terutamanya yang diperolehi di media-media sosial.

Ketika ini Perikatan Nasional (PN) dilihat menggunakan slogan ‘Bersih dan Stabil’ bagi memenangi hati pengundi manakala Pakatan Harapan (PH) mengunakan slogan ‘Kita Boleh’.

Barisan Nasional (BN) pula mengangkat tema Kestabilan dan Kemakmuran dalam manifesto mereka yang merangkumi pelbagai aspek termasuk hubungan antara kaum, ekonomi dan politik tanah air bersandarkan trek rekod mereka memimpin negara sebelum ini.

Mengulas situasi hari terakhir berkempen hari ini, Mahdzir berkata momentum sokongan terhadap BN dilihat kian meningkat tanpa mengira kaum.

“Sama ada Melayu, Cina, India dan lain-lain, mereka tampak kian ampuh memberi sokongan, ada antara mereka mengaku tidak mengundi BN pada 2018 tetapi kali ini menyatakan hasrat kembali memberi undi kepada kami.

Sasaran kita di Kedah juga masih kekal 10 kerusi seperti dinyatakan sebelum ini, perkara itu tidak berubah,” katanya.

Lagi Mengenai PRU15 :

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMPRU15

PRU15 : Dato’ Jo di Titiwangsa

KUALA LUMPUR, 19 November 2022 – 8.40am calon BN bagi Parlimen P119...

Luar Bandar @ My LNAPRU15

Pelaburan Tertinggi di Pahang Hadiah Saya Untuk Pengundi Lipis – Abdul Rahman

LIPIS, 18 November 2022 – Barisan Nasional (BN) adalah satu-satunya parti yang...

AMLuar Bandar @ My LNAPRU15

Isu Tanah Pertanian Terbiar Di Luar Bandar Akan Diberi Perhatian

PENDANG, 18 November 2022 – Isu tanah pertanian terbiar dalam kawasan komuniti...

AMBM @ MY LNAPRU15

Polis jamin keselamatan hari pembuangan undi esok

17 November 2022 – Ketua Polis Negara IG Tan Sri Acryl Sani...