BM @ MY LNAPendapat @ My LNAPolitik @ My LNAUTAMA

BERSIH Selar Pengumuman Peruntukan Terpilih Kerajaan di Kuala Kubu Bharu

79

Dikeluarkan oleh: Jawatankuasa Pemandu BERSIH

Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) mengambil serius akan pengumuman menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kuala Kubu Bharu (KKB), oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, YB Nga Kor Ming. Dilaporkan sejumlah RM5.21 juta telah diperuntukkan dalam sebuah Program Sentuhan Kasih KPKT pada 18 April 2024 di Kuala Kubu Bharu, Selangor. 

BERSIH melihat pengumuman ini telah melanggar garis panduan Larangan 3C: No Conditions (tidak bersyarat), No Campaign (tidak berkempen) dan No Candidates (tidak bawa calon) yang telah digariskan BERSIH sejak Pilihan Raya Negeri 2023 yang lepas kepada kerajaan bukan sementara (non-caretaker government) , seperti Kerajaan Persekutuan dan Negeri dalam konteks pilihan raya kecil. 

Seperti dilaporkan media, Nga Kor Ming turut menyeru penduduk balik kampung dan meminta mengundi parti yang “baik, prihatin, progresif” walaupun tidak menyebut mana-mana parti politik dalam kerajaan. Peruntukan khusus kepada KKB ini dilihat telah melanggar prinsip “tidak berkempen”  yang mengaitkan peruntukan kerajaan dengan sokongan politik. Tindakan ini juga boleh dianggap sebagai usaha membeli undi dan menggunakan pengaruh yang tidak wajar kerajaan terhadap pengundi KKB yang bakal membuang undi pada 11 Mei depan. 

BERSIH menggesa Kerajaan menghentikan amalan tidak beretika ini yang bercanggah dengan prinsip perlawanan politik atas padang yang sama rata dalam pilihan raya. BERSIH melihat pelanggaran demi pelanggaran terhadap etika pilihan raya bersih dan adil oleh parti Kerajaan Madani sendiri dalam beberapa siri pilihan raya sebelum ini, akan terus menghakis keyakinan rakyat khususnya pengundi terhadap sistem pilihan raya dan proses demokrasi di negara ini.

Sekali lagi BERSIH menegaskan supaya diwujudkan sebuah garis panduan yang menyeluruh terkait etika kerajaan bukan sementara dan kerajaan sementara semasa tempoh pilihan raya yang bermula sebaik sahaja pembubaran Parlimen/DUN atau kekosongan kerusi, untuk dikanunkan sebagai undang-undang supaya tidak berlaku salah guna sumber kerajaan dalam sebarang pengumuman peruntukan dan dasar kerajaan yang diamanahkan rakyat. 

BERSIH akan terus komited dan konsisten tanpa gentar dan berpihak kepada mana-mana parti politik dalam memantau penjalanan pilihan raya di negara ini termasuk di PRK KKB tidak lama lagi. BERSIH juga akan menghantar PEMANTAU Pilihan Raya ke PRK KKB bagi memantau keseluruhan proses pilihan raya agar tidak berlaku pelanggaran apa bentuk kesalahan pilihan raya serta proses berlaku dengan penuh adil dan bersih.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAPendapat @ My LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Isu keciciran dalam pelajaran perlu ditangani bersama

Oleh: Dr. Samsul Farid Samsuddin Kementerian Pendidikan (KPM) melalui Timbalan Menterinya Wong...

Biz @ My LNABM @ MY LNAGaya Hidup @ My LNA

Gen Z Percaya Pempengaruh untuk Cadangan Tulen

71% Gen Z Guna Strim Langsung seperti Shopee Live untuk Pembelian Bijak...