Politik @ My LNAPRU15

Annuar Musa kekal bersama UMNO

103

KOTA BAHRU, 4 November 2022 – Tan Sri Annuar Musa yang merupakan penyandang kerusi Parlimen Ketereh mengaku bahawa beliau telah menolak tawaran beberapa parti lain termasuk Perikatan Nasional (PN) yang ingin mencalonkannya di kerusi itu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Menurut laporan Bernama hari ini, Annuar berkata beliau juga mengetahui bahawa calon PN Mejar Jen (B) Datuk Khlir Mohd Nor yang telah diumumkan untuk bertanding di kerusi tersebut masih belum menerima watikah pelantikan kerana tawaran bertanding di kerusi itu telah diberikan kepadanya.

“Tak payah selindunglah, bukan nak berahsia pun tetapi memang sampai saat ini begitulah. Tetapi Khlir pun kawan saya, kenapa saya nak potong rezeki dia? Jadi saya beritahu kepada kawan-kawan serta parti yang nak bawa saya, jangan bergaduh sesama mereka, cukuplah UMNO bergaduh sesama UMNO kerana saya.

Tak naklah saya begitu jadi nanti akhirnya saya menyebabkan banyak orang susah, lebih baik saya susah seorang,” katanya dalam sidang media selepas menghadiri Majlis Penyerahan Watikah Calon-Calon PRU15 BN Kelantan, di sini hari ini.

Annuar berkata beliau menolak tawaran yang diberikan kerana mempunyai prinsip untuk kekal bersama UMNO.

“Ada yang berkata esok masih ada lagi, boleh buat kejutan. Pada saya ini soal prinsip dan pegangan. Saya berterus-terang kalau ajak masuk parti lain, saya tak boleh, bukan benci parti lain tetapi memang pegangan saya begitu,” katanya.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

BM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAPolitik @ My LNA

BERSIH desak Kerajaan laksana Reformasi Proses Pelantikan Pengerusi SPR & Pindaan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 segera

Dikeluarkan oleh: Jawatankuasa Pemandu BERSIH Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH)...

BM @ MY LNAPendapat @ My LNAPolitik @ My LNAUTAMA

BERSIH Selar Pengumuman Peruntukan Terpilih Kerajaan di Kuala Kubu Bharu

Dikeluarkan oleh: Jawatankuasa Pemandu BERSIH Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH)...

BM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAPolitik @ My LNA

BERSIH mahu perbicaraan pengampunan Najib dibuat secara terbuka

KUALA LUMPUR, 18 April 2024 – Susulan keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan...

BM @ MY LNAPolitik @ My LNAUTAMA

Cara pengamalan politik lama harus diubah – Tiong King Sing

SARAWAK, 13 April 2024 – Presiden Parti Demokratik Progresif, Dato’ Seri Tiong...