Home Politik Tindakan Pemimpin Umno Bertanding Atas Tiket Bukan BN Langgar Perlembagaan Parti
PolitikPRU15

Tindakan Pemimpin Umno Bertanding Atas Tiket Bukan BN Langgar Perlembagaan Parti

KUALA NERANG, 4 November 2022 – Tindakan dua pemimpin UMNO yang akan bertanding atas tiket Perikatan Nasional (PN) pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15), tidak sepatutnya berlaku.

Menurut Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid, tindakan itu juga telah melanggari perlembagaan parti.

“Saya fikir ini satu perkara yang tidak sepatutnya berlaku, tapi ada yang dah berlaku, jadi ada sesuatu yang tidak berapa menariklah sebab ada yang telah membuat keputusan yang begitu drastik.

Dalam institusi politik ini, realiti macam itulah (harus berjiwa besar jika tidak dipilih sebagai calon pilihan raya), tapi kita tidak boleh ambil semua apa yang berlaku itu mengikut kehendak kita”.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menghadiri Majlis Ramah Mesra Bersama Guru-guru KAFA dan Jawatankuasa Masjid Daerah Padang Terap di sini hari ini.

Beliau mengulas tindakan dua pemimpin UMNO yang juga penyandang Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kasim dan penyandang Parlimen Maran Datuk Seri Ismail Abdul Muttalib bertanding atas tiket PN.

Tambah Mahdzir, perlembagaan parti jelas menyatakan peraturan dan hukuman bagi ahli yang melakukan kesalahan tertentu.

Ditanya sama ada kedua-dua pemimpin itu telah terlucut keahlian mereka dalam Umno, beliau berkata perkara itu juga sudah terkandung di dalam perlembagaan parti.

“Itu memang ada dalam perlembagaan, tapi sekarang ini isunya bukan lagi soal keahlian, semua orang pun saya tengok dah jadi keluarga 69 dah ni, parti sebelah sana macam tu, yang sebelah sini macam ni.

“Saya ingat zaman sudah berubahlah, betullah orang kata politik itu dinamik, dinamik sungguhlah kali ini”.

Ditanya adakah tindakan dua pemimpin itu akan menjejaskan peluang kemenangan BN di Arau dan Maran, Mahdzir berkata BN akan memberikan yang terbaik untuk menang di dua kerusi Parlimen tersebut.

Shahidan yang juga Menteri Wilayah Persekutuan dan Ismail sebagai Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, menang kerusi masing-masing di bawah tiket BN pada PRU14 lalu.

Bagaimanapun, kedua-dua mereka digugurkan sebagai calon PRU15 dan digantikan oleh Datuk Rozabil Abd Rahman sebagai calon di Parlimen Arau manakala Datuk Shahniza Shamsudin di Parlimen Maran.

 

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

Politik

Pilihanraya Negeri bahagian N.42 Tioman : AMANAH beri laluan kepada BN

29 November 2022 – Parti Amanah Negara (AMANAH) mengucapkan tahniah kepada Dato’...

AMMY LNAPolitik

Pembentukan Kabinet dalam masa terdekat, usul Undi Percaya akan diteruskan – Anwar

28 November 2022 – Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim berkata soal...

AMMY LNAPolitik

Young Syefura sambut baik gagasan baharu kerajaan Pahang

PAHANG, 28 November 2022 – Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman menyambut...

AMMY LNAPolitik

Janji Adam Adli

Adam Adli yang juga merupakan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) komited untuk...