PUTRAJAYA 15 Jun 2022 – Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Seri Ahmad Faizal bin Dato’ Azumu merakamkan ucapan tahniah kepada Skuad Harimau Malaya yang telah berjaya layak ke pusingan akhir Piala Asia 2023 setelah menewaskan Bangladesh 4-1 dalam aksi terakhir Kumpulan E, Kelayakan Piala Asia 2023 malam semalam.
“Malam bersejarah buat bola sepak negara selepas penantian 42 tahun. Skuad Harimau Malaya layak secara merit selaku lima naib juara daripada enam kumpulan yang bersaing dalam aksi kelayakan.
Kejayaan ini cukup bermakna buat seluruh Keluarga Malaysia. Teruskan fokus dan usaha untuk mencipta lebih banyak lagi kejayaan.
Terima Kasih pemain ke-12! Kehadiran para penyokong memberikan sokongan padu kepada Skuad Harimau Malaya di Stadium Nasional Bukit Jalil pada malam ini cukup jelas memberi impak dalam menyuntik semangat kepada pemain-pemain negara.” kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.
Tambah beliau, sorakan tanpa henti Ultras Malaya memeriahkan suasana di stadium dan telah berjaya meniup semangat para pemain untuk beraksi dengan cemerlang.
“Teruskan sokongan padu anda!” ujar Ahmad Faizal.
Sumber foto : Facebook Rasmi Menteri Belia dan Sukan
- Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia 2022 bukan dibawah kendalian KBS
- Seramai 12 individu dilantik anggotai Majlis Kebudayaan Negara (MAKEN)
- ‘KELUARGA MALAYSIA TEGUH BERSAMA’ TEMA HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA 2022
- COVID-19 : Jumlah kes baharu terus meningkat
- [GALERI] MAJLIS PRATONTON MEDIA SEMPENA KONSERT TRIBUTE SENIMAN NEGARA DATO’ SERI AHMAD NAWAB