Home KHAS Geran Kandungan Digital 2022 dibuka untuk permohonan
KHASSains, Teknologi & Komunikasi

Geran Kandungan Digital 2022 dibuka untuk permohonan

15 JUN 2022 – Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Datuk Seri Panglima TPr Annuar Haji Musa memaklumkan bahawa permohonan baharu untuk Geran Kandungan Digital di bawah Pakej Rangsangan Industri Kreatif Malaysia 2022 (Geran Kandungan Digital 2022) dibuka bermula pada 14 Jun 2022.

Kata Annuar dalam satu kenyataan hari ini, Geran Kandungan Digital yang diperkenalkan sejak tahun 2021 itu bertujuan untuk membantu dan menggalakkan kesinambungan serta kemapanan pengamal industri kreatif negara selaras dengan norma baharu berikutan pandemik COVID-19.

“Saya melihat Geran Kandungan Digital 2022 ini sangat penting dalam membantu pencipta kandungan digital merealisasikan idea mereka ke dalam bentuk produk sedia untuk dipasarkan.

Pencipta kandungan digital memiliki pelbagai idea menarik tetapi mereka sukar memulai dan mendapatkan dana.

Justeru, saya yakin melalui Geran Kandungan Digital 2022 ini, MDEC bukan sahaja menyediakan akses kepada pembiayaan malah membantu mereka dalam penghasilan kandungan digital yang boleh dipasarkan kerana idea mereka akan dinilai oleh panel yang terdiri daripada pakar industri.” katanya.

Tambah beliau, Geran Kandungan Digital 2022 menawarkan pembiayaan sehingga RM50,000.00 kepada syarikat, perusahaan dan syarikat milikan tunggal atau perkongsian liabiliti terhad (LLP) untuk membangunkan kandungan baharu atau sedia ada di pasaran dalam bentuk animasi, komik digital, media interaktif dan permainan digital.

Katanya, pemohon terpilih akan dijemput ke sesi pembentangan yang dijadualkan pada Ogos 2022, sebelum kelulusan diumumkan menjelang September 2022.

“Selepas mendapat kelulusan, penerima geran akan diberi tempoh selama enam bulan bagi menyiapkan kandungan digital mereka, merangkumi sama ada Filem Animasi Pendek, Episod Pilot, Treler Pendek, kandungan untuk Pengumuman Pesanan Khidmat Awam (PKA), Permainan Digital/ Media Interaktif Lengkap (Demo atau Prototaip) atau Komik Digital/ Komik Bergerak Lengkap.

Tahun lalu, menerusi Geran Kandungan Digital 2021, MDEC telah menerima 111 permohonan. Sejumlah RM1.9 juta geran telah diluluskan yang memberi manfaat kepada 39 pemohon.

Geran Kandungan Digital 2022 merupakan sebahagian daripada siri inisiatif pembiayaan yang direka untuk industri kandungan kreatif untuk tahun 2022.” katanya.

Annuar turut berkata bahawa Industri kandungan kreatif digital merupakan antara industri yang pantas berkembang dan salah satu industri tumpuan di bawah Malaysia Digital.

“Oleh itu, MDEC komited memastikan industri ini menerima sokongan yang diperlukan untuk kekal berdaya maju, mampan dan kompetitif.

Sejak tahun 2016, MDEC telah meluluskan 94 projek bernilai RM36.4 juta kepada syarikat kandungan kreatif digital bagi membiayai idea mereka di peringkat pembangunan dan memastikan ia mesra pelabur.” kata Annuar.

Pendaftaran untuk Geran Kandungan Digital 2022 kini dibuka sehingga 29 Julai 2022 dan mereka yang berminat boleh melayari https://mdec.my/dcgprisma2022 untuk maklumat lanjut.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

MY LNASains, Teknologi & Komunikasi

Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil Mulakan Tugas Sebagai Menteri Di Kementerian Komunikasi Digital.

Menteri Komunikasi Digital baharu, Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil hari ini memulakan tugas...

AMSains, Teknologi & Komunikasi

Kandungan provokatif : MCMC komited percepatkan kajian ke atas kerangka kawal semasa

CYBERJAYA, 2 Disember 2022 – Pengerusi Interim Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia...

AMSains, Teknologi & Komunikasi

Masalah liputan di Padang Serai : MCMC ambil tindakan segera

CYBERJAYA, 1 DISEMBER 2022 – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bekerjasama...

AMPendidikanSains, Teknologi & Komunikasi

1.03 Juta Pelajar Dan Belia Sertai Malaysia Techlympics 2022

Pulau Pinang Rangkul Tempat Teratas Dalam Pertandingan Akhir Kebangsaan KUALA LUMPUR, 27...