14 Jun 2022 – Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Polis Diraja Malaysia (PDRM) CP Dato’ Sri Abd Jalil bin Hassan memaklumkan bahawa PDRM telah terima laporan dan sedang menjalankan siasatan berhubung penularan rakaman video menerusi aplikasi Tiktok @gangarammahato280 yang memaparkan sekumpulan lelaki dipercayai warga asing berkumpul di hadapan kuil Batu Caves dan menyatakan pendirian menyokong perjuangan Hindu Samachar serta tindakan Nupur Sharma, ahli politik dari parti Bharatiya Janata yang mengeluarkan kenyataan berbaur penghinaan terhadap Nabi Muhammad s.a.w.
“Rakaman video berdurasi 1 minit 18 saat tersebut telah mendapat 16k views, 52 likes, 302 comments dan turut dikesan tular melalui pelbagai aplikasi media sosial lain seperti Facebook dan Whatsapp.
Siasatan dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas, bahagian Pendakwaan / Undang-undang (D5), Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman mengikut peruntukan Seksyen 505(B) Kanun Keseksaan.
Ia kerana mengeluarkan kenyataan yang menyebabkan atau mungkin menyebabkan ketakutan atau kegentaran awam atau golongan awam dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.” kata CP Dato’ Sri Abd Jalil.
Tambah beliau, siasatan masih diteruskan dan PDRM menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan.
Katanya PDRM turut menasihatkan orang ramai agar cakna dan prihatin terhadap isu-isu yang menyentuh sensitiviti agama dan kaum.
“Tindakan tegas tanpa kompromi bakal diambil terhadap mana-mana individu yang sengaja menggugat ketenteraman serta keselamatan awam.” tegasnya.
- Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia 2022 bukan dibawah kendalian KBS
- Seramai 12 individu dilantik anggotai Majlis Kebudayaan Negara (MAKEN)
- ‘KELUARGA MALAYSIA TEGUH BERSAMA’ TEMA HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA 2022
- COVID-19 : Jumlah kes baharu terus meningkat
- [GALERI] MAJLIS PRATONTON MEDIA SEMPENA KONSERT TRIBUTE SENIMAN NEGARA DATO’ SERI AHMAD NAWAB