Home Gaya Hidup Pelancongan MOTAC terlibat secara langsung penganjuran Festival Layang-Layang
Pelancongan

MOTAC terlibat secara langsung penganjuran Festival Layang-Layang

21 MAC 2022 – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) telah terlibat secara langsung di sepanjang penganjuran Festival Layang-Layang di Pasir Gudang, Johor dengan menjadi salah satu agensi di dalam Jawatankuasa tetap penganjuran. MOTAC juga aktif terlibat dengan program pameran pelancongan sepanjang Festival ini berlangsung.

Menurut Menterinya Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri ketika menjawab soalan lisan dari Ahli Parlimen Pasir Gudang hari ini, penyertaan pameran pelancongan itu telah melibatkan semua Jabatan dan Agensi MOTAC di Negeri Johor iaitu Pejabat MOTAC Negeri Johor, Tourism Malaysia Wilayah Selatan, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Negeri Johor, Kompleks Kraf Johor (iaitu di bawah seliaan Kraftangan Malaysia) dan Arkib Negara Malaysia Cawangan Negeri Johor.

“Antara pengisian program pameran pelancongan ini adalah seperti pameran pakej pelancongan, persembahan pocket show, pameran maklumat berkaitan jabatan dan agensi dan pelbagai aktiviti yang dijalankan sepanjang festival berlangsung.

Disamping penglibatan secara langsung semasa Festival Layang-Layang ini dijalankan, MOTAC turut terlibat dalam pembangunan infrastruktur pelancongan bagi lokasi penganjuran Festival Layang-Layang ini iaitu Bukit Layang-layang, Taman Bandar Pasir Gudang. Projek pembangunan ini membabitkan penaiktarafan fasiliti pelancongan di kawasan tersebut dengan kos keseluruhan berjumlah RM4.8juta.” kata Nancy.

Tambah beliau, projek tersebut telah siap sepenuhnya pada tahun 2015 dan dasiliti yang telah dinaiktaraf itu telah menyumbang kepada ketersediaan fasiliti moden dan memberi keselesaan kepada peserta, pengunjung serta para pelancong yang hadir disepanjang Festival tersebut berlangsung.

“Selain itu, MOTAC melalui agensinya Tourism Malaysia juga akan memastikan festival ini terus dikenali di dalam dan luar negara dengan promosi yang berterusan dan pembangunan pakej yang bersesuaian bagi meningkatkan jumlah pengunjung hadir secara tidak langsung ke negeri Johor khususnya dan Malaysia secara amnya.” kata Nancy.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Related Articles

AMHighlightsMY LNAPelancongan

Dato’ Dr. Ammar Dilantik Ketua Pengarah Tourism Malaysia

PUTRAJAYA, 14 April 2023 – Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (Tourism Malaysia) mengumumkan...

HighlightsMY LNAPelancongan

Tourism Malaysia Promosi Pakej Pelancongan Minat Khas 50 Tahun Di Laman Malaysia.Travel

KUALA LUMPUR, 29 Mac 2023 – Bersempena dengan sambutan ulang tahun ke-50,...

Gaya HidupMY LNAPelancongan

Kota Fuzhou yang berusia ribuan tahun bersinar dengan kesegaran baharu, warna baharu dan fesyen baharu pada waktu malam

FUZHOU, CHINA 9 Mac 2023 (Bernama) — Baru-baru ini, video promosi mengenai Fuzhou...

AMHighlightsMY LNAPelancongan

MOTAC Rai Ketibaan Pelancong Sempena Perayaan Tahun Baru Cina

SEPANG, 22 Januari 2023 – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) meraikan...