Home KHAS Kampus Satelit Institut Kraf Negara Sarawak bantu para belia dalami ilmu kraf
KHASPelanconganSeni dan Budaya

Kampus Satelit Institut Kraf Negara Sarawak bantu para belia dalami ilmu kraf

19 Mac 2022 – Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri telah menyempurnakan majlis perasmian Kampus Satelit Institut Kraf Negara, Sarawak. Pembukaan kampus tersebut merupakan inisiatif MOTAC bagi membantu belia dan beliawanis mendalami ilmu dalam bidang kemahiran kraf.

Menurut MOTAC dalam satu siaran media yang diedarkan semalam, kampus tersebut merupakan kampus kedua yang dibuka oleh Kraftangan Malaysia menerusi Institut Kraf Negara dengan kemasukan 13 orang pelajar pertama sejak Julai 2021 yang lalu.

“Seramai 7 orang pelajar sedang mengikuti pembelajaran Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Kraf Tenunan Songket dan Dastar – Tahap 3 bertempat di Kampus Satelit IKN, Sarawak. Manakala, 6 orang lagi pelajar sedang mengikuti latihan SKM Kraf Tenunan Pua di Betong.” kata MOTAC.

Nancy pula berkata, sejak tertubuhnya IKN pada tahun 2001, sehingga kini IKN telah melahirkan seramai 2,810 graduan terlatih dan berkemahiran tinggi, seiring dengan matlamat untuk menyediakan tenaga kerja mahir yang kompetitif bagi permintaan dan keperluan industri kraf.

“IKN terus memperkasa peranannya dengan menubuhkan Pusat Kecemerlangan (Centre of Excellence), jenama ‘KrafSkills’ sebagai platform bagi meningkatkan lagi mutu seni kemahiran, kreativiti, dan latihan yang berterusan kepada belia dan beliawanis di seluruh negara’.

IKN juga telah berjaya meningkatkan kualiti latihan kemahiran kraf dengan menyesuaikan bidang pengajian dalam konteks norma baharu. Kaedah pengajian dilakukan secara Blended Learning dengan mengambil pendekatan pengajian secara hibrid menggunakan platform digital selari dengan matlamat Sustainable Development Goals (SDG) iaitu pendidikan berkualiti. IKN turut berperanan dalam memastikan pendidikan yang ditawarkan sampai kepada semua pihak agar industri kraf negara terus lestari.” katanya.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Related Articles

Gaya HidupHighlightsMY LNASeni dan Budaya

HANYA SATU: “THETA” DI BALAI SENI NEGARA

KUALA LUMPUR – Pameran Hanya Satu di Balai Seni Negara kini membawakan...

AMHighlightsMY LNAPelancongan

Dato’ Dr. Ammar Dilantik Ketua Pengarah Tourism Malaysia

PUTRAJAYA, 14 April 2023 – Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (Tourism Malaysia) mengumumkan...

AMMY LNASeni dan Budaya

UMNO Kedah Cadangkan Sambutan Hari Songkran Dimasukkan Dalam Kalendar Tahunan Pelancongan Negeri Kedah

ALOR SETAR, 13 April – UMNO Kedah menggesa pentadbiran Kerajaan Negeri memasukkan...