Pelancongan @ My LNA

Crisis Management Taskforce Bantu Teruskan Usaha Industri Pelancongan

66

17 Ogos 2021- Bekas Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Dato Sri Nancy Shukri menjelaskan tanggungjawab memperjuangkan industri pelancongan seni dan budaya adalah tanggungjawab warga MOTAC.

Ujarnya, beliau meminta semua warga MOTAC untuk meneruskan usaha yang telah dirangka bersama penggiat industri pelancongan dan kebudayaan menerusi sesi libat urus Crisis Management Taskforce (CMT) demi masa depan industri.

“Sama-samalah anda fikir bagaimana cara untuk meningkatkan pendapatan mereka supaya mereka dapat memanfaatkan peruntukan yang diberikan Kerajaan.

“Saya selalu tekankan dan guna ayat ini, “to put food on their table” agar dengan apa cara sekalipun, kita perlu terus tabah mencari jalan demi memastikan mereka dapat terus menjana pendapatan,” katanya secara dalam talian hari ini.

Ketua Pengarah Kraftangan, Ibrahim Ismail yang mewakili semua Ketua Pengarah Agensi di bawah MOTAC berkata penggiat industri kraf amat menghargai segala usaha dan inisiatif yang telah diberikan kepada mereka terutamanya penjanaan pendapatan ketika berdepan dengan krisis pandemik Covid-19.

“Banyak strategi yang dirangka mendatangkan hasil dan usaha kita mendapat reaksi dan sambutan yang baik dari penggiat industri kraf. Antaranya ialah Program Pembangunan Kemahiran Komuniti Kraf (PPKK) ” katanya.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles