Parlimen Politik

YDPA Titah Ahli Parlimen Sediakan Surat Akuan Pilih PM

17 Ogos 2021 – Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun hari ini telah mengeluarkan notis kepada semua Ahli Dewan Rakyat untuk menyediakan surat akuan berkanun bagi memilih seorang Perdana Menteri.

Perkara tersebut dinyatakan oleh beliau menerusi sepucuk surat hari ini.

Azhar berkata, beliau telah dititahkan supaya memaklumkan kepada semua ahli parlimen supaya menyediakan surat akaun berkanun yang mengandungi butiran yang dinyatakan.

“Surat akuan Yang Berhormat hendaklah diserahkan kepada pihak Istana Negara selewat-lewatnya pada Rabu, 18hb Ogos 2021 sebelum jam 4.00 petang, untuk perhatian YBhg. Kolonel Datuk Nazim bin Mohd Alim, Setiausaha Sulit Kanan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang dî-Pertuan Agong”, ujar Azhar lagi

Azhar turut memaklumkan bahawa serahan tangan adalah tidak dibenarkan memandangkan Istana Negara masih berada di dalam kawasan Fasa 1 dan juga untuk mengelakkan penularan Pandemik Covid-19 di Istana Negara.

“Perlu  dijelaskan, mana-mana  surat akuan  Yang Berhormat yang tidak mematuhi perkara-perkara di atas ataupun yang diterima lewat tidak akan diambil kira.

“Ahli-Ahli Yang Berhormat diperingatkan untuk menjaga kerahsiaan Surat Akuan tersebut sehingga Kebawah Duli Yang Maha Julia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong membuat keputusan mengenai perkara di perenggan 2 di atas.