Pelancongan @ My LNA

Hargai Khidmat Muhyiddin, Nancy Letak Jawatan

87

16 Ogos 2021- Bekas Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC), Dato’ Sri Nancy Shukri menzahirkan penghargaan terhadap bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan MOTAC sepanjang berkhidmat sebagai Ahli Jemaah Menteri.

Jelasnya, Muhyiddin telah menyokong dan memberi peluang kepada penggiat industri pelancongan dan kebudayaan yang mengharungi situasi sukar sepanjang lebih setahun kerana wabak pandemic COVID-19.

“Saya berterima kasih kerana permintaan yang saya bawa untuk membantu penggiat industri pelancongan, seni dan budaya tempatan mengharungi situasi sukar sepanjang lebih setahun ini tidak diabaikan oleh beliau.

“Ini termasuklah pemberian bantuan dan insentif kepada penggiat industri pelancongan dan kebudayaan sehinggalah kepada kebenaran aktiviti pelancongan dalam negeri yang melibatkan hotel dan homestay kepada individu yang telah menerima vaksin lengkap sebagaimana yang telah diumumkan baru-baru ini.

“Perancangan MOTAC untuk menjadikan Pulau Langkawi sebagai projek perintis destinasi gelembung pelancongan juga mendapat sokongan beliau demi memastikan industri pelancongan dan kebudayaan negara ini pulih semula,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Beliau memohon kemaafan dan mengucapkan terima kasih atas memberi sokongan dan kepercayaan untuk memberi khidmat bakti kepada negara.

“Insya Allah, saya percaya Allah mempunyai perancangan yang terbaik untuk Malaysia dan seluruh rakyat di negara ini. Kita doakan yang terbaik.

“Semoga siapa jua yang akan dipilih dan diamanahkan menerajui pentadbiran Malaysia selepas ini dapat menjalankan tanggungjawab dengan baik. Terima kasih MOTAC, penggiat Industri di bawah naungan MOTAC, dan juga kepada rakyat Malaysia,” katanya.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles