Politik @ My LNA

16 Ogos Tarikh Keramat, 2 Kerajaan Dunia Tumbang

65

16 Ogos 2021 – Ketika berita ini ditulis, dilaporkan kerajaan Afghanistan sedang menghadapi kemaraan puak Taliban yang bakal menerajui negara tersebut manakala Presidennya Ashraf Ghani pula dilaporkan melarikan diri ke Uzbezkistan.

Kemaraan Taliban dalam tempoh 10 hari  setelah Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden menarik keluar tentera di negara bergolak sekaligus menyaksikan pasukan keselamatan tempatan perlu berhadapan dengan puak Taliban secara bersendirian.

Ketika ini juga, para diplomat kakitangan serta keluarga mereka telah dipindahkan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Hamid Karzai untuk dibawa keluar ke negara terdekat selain penutupan beberapa kedutaan walaupun Taliban berjanji untuk mengekalkan keselamatan di ibu kota Afganistan iaitu Kabul.

Senario sama turut berlaku di Malaysia pada hari ini di mana negara menyaksikan perletakkan jawatan ketua kerajaan iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin setelah gagal mengekalkan sokongan majoriti di kalangan ahli parlimen Perikatan Nasional.

Muhyiddin kini menjadi Perdana Menteri “Caretaker” selepas Yang di-Pertuan Agong memperkenankan perletakkan jawatan beliau.

Beliau berkata, jawatan dipikulnya selama 17 bulan lalu bukan “kemegahan” tetapi “bebanan tanggungjawab” khususnya kerana Malaysia dilanda krisis kesihatan awam dan ekonomi paling buruk dalam sejarahnya.

“Saya melakukan pelbagai ikhtiar untuk menyelamatkan kerajaan Perikatan Nasional, tetapi ikhtiar ini tidak berhasil disebabkan ada pihak yang rakus untuk merebut kuasa daripada mengutamakan nyawa dan kehidupan rakyat,” katanya dalam perutusan khas yang disiarkan ke seluruh negara.

“Saya tidak akan sekali-kali bersekongkol dengan kumpulan kleptokrat, mengganggu kebebasan badan kehakiman dan membelakangi Perlembagaan Persekutuan semata-mata untuk kekal berkuasa,” kata Muhyiddin.

Muhyiddin turut mengambil kesempatan merakamkan ucapan terima kasih kepada petugas barisan hadapan, anggota pekhidmatan awam dan kepimpinan BERSATU dan seluruh rakyat Malaysia.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

BM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAPolitik @ My LNA

BERSIH mahu perbicaraan pengampunan Najib dibuat secara terbuka

KUALA LUMPUR, 18 April 2024 – Susulan keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan...

BM @ MY LNAPolitik @ My LNAUTAMA

Cara pengamalan politik lama harus diubah – Tiong King Sing

SARAWAK, 13 April 2024 – Presiden Parti Demokratik Progresif, Dato’ Seri Tiong...

BM @ MY LNAPolitik @ My LNAUTAMA

Apa hala tuju UMNO Selangor?

Oleh : Tengku Zafrul Semasa Majlis Iftar Ramadhan & perasmian secara serentak...