Politik @ My LNAPRU15

Tidak Perlu Melampau Dalam Kempen Politik Sehingga Mengeluarkan Fatwa Tertentu

197

SUNGAI PETANI, 12 November 2022 – Ceramah kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) perlu lebih profesional dan tidak melampau sehingga boleh memecah-belahkan masyarakat di negara ini.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, ceramah ekstrem seperti mengeluarkan dalil atau fatwa sendiri pada musim PRU perlu dielakkan kerana pengundi sudah bijak membuat keputusan sendiri.

“Saya ingat tak payah buat fatwa dalil-dalil macam-macamlah dalam musim-musim ini, jadi banyak kali dah cerita pasal dalil ini pun dah jadi sesuatu yang dimomokkan macam-macam.

Kita pergi secara profesional lawan (PRU). Rakyat ada pemikiran sendiri dan rakyat (tahu) membuat keputusan. Kalau rakyat memberi sokongan kepada Barisan Nasional, (BN) ucap terima kasih.”

Beliau berkata demikian kepada media selepas Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya Parlimen Sungai Petani di sini, hari ini.

Turut hadir, calon kerusi parlimen berkenaan, Datuk Shahanim Mohamad Yusoff.

Beliau diminta mengulas kenyataan Ketua Pemuda PAS Sik, Mohd Shahiful Mhd Nasir yang mengeluarkan hukum masuk neraka jika rakyat mengundi Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) pada PRU15 ini.

Mahdzir yang juga Menteri Pembangunan Luar Bandar berkata, ketika ini setiap pemimpin parti politik perlu bersederhana semasa berkempen selain yakin dengan penyokong masing-masing.

“Kita tak perlu memecah-belahkan orang dengan tidak mahu memberi keyakinan kepada pengundi, contohnya sekarang ini BN sudah bersetuju akan lantik Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri.

Tapi pihak sana main isu seolah-olah BN akan lantik orang lain jadi Perdana Menteri sehingga ada yang pergi jumpa Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Zahid Hamidi, itu lah permainan mereka hendak pecah belahkan kita sedangkan kita sudah sahkan Ismail Sabri jadi Perdana Menteri,”katanya.

Lagi Mengenai PRU15 :

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

BM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAPolitik @ My LNA

Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Negeri Selangor di KKB Boleh Jadi Satu Kesalahan Pilihan Raya

Dikeluarkan oleh: Jawatankuasa Pemandu BERSIH Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) merujuk kepada...

BM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAPolitik @ My LNA

BERSIH desak Kerajaan laksana Reformasi Proses Pelantikan Pengerusi SPR & Pindaan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 segera

Dikeluarkan oleh: Jawatankuasa Pemandu BERSIH Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH)...

BM @ MY LNAPendapat @ My LNAPolitik @ My LNAUTAMA

BERSIH Selar Pengumuman Peruntukan Terpilih Kerajaan di Kuala Kubu Bharu

Dikeluarkan oleh: Jawatankuasa Pemandu BERSIH Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH)...

BM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAPolitik @ My LNA

BERSIH mahu perbicaraan pengampunan Najib dibuat secara terbuka

KUALA LUMPUR, 18 April 2024 – Susulan keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan...