AMEkonomi @ My LNA

KBM2022 bukti komitmen Kerajaan mertabatkan barangan Malaysia

319

KUCHING, 12 November 2022 – Siri ketiga dan terakhir Karnival Barangan Malaysia (KBM2022) bagi tahun 2022 anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah dilaksanakan bermula 11 hingga 13 November 2022 bertempat di Perkarangan Kuching Waterfront, Sarawak. KBM2022 yang bermula di Ipoh, Perak pada 30 September hingga 2 Oktober dan juga di Johor Bahru pada 14 hingga 16 Oktober yang lalu merupakan bukti komitmen kerajaan yang berterusan dalam memartabatkan barangan Malaysia supaya menjadi pilihan utama kepada rakyat Malaysia dalam membuat keputusan ketika berbelanja dan membeli belah.

Dalam satu kenyataan semalam, Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna, Dato Sri Alexander Nanta Linggi berkata bahawa KPDNHEP menjangkakan KBM2022 di Kuching terus mendapat sokongan daripada pengusaha-pengusaha barangan tempatan dan juga pengunjung di mana sebanyak 60 pempamer tempatan terlibat dalam karnival tiga hari ini dan di masa yang sama Program Jualan Murah Keluarga Malaysia (JMKM) turut diadakan serentak di lokasi dan masa yang sama.

“Perasmian KBM2022 Edisi Borneo yang meliputi Sarawak, Sabah dan Labuan oleh YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg, Premier Negeri Sarawak merupakan usaha Kerajaan menggarap penyertaan usahawan di tiga wilayah ini secara inklusif dalam mencapai objektifnya iaitu untuk meningkatkan semangat patriotisme di kalangan Keluarga Malaysia terhadap barangan Malaysia; merangsang pertumbuhan ekonomi domestik dengan meningkatkan pembelian barangan tempatan; meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kualiti barangan Malaysia yang mampu bersaing di peringkat antarabangsa; membantu pengusaha tempatan dalam memasarkan produk dan perkhidmatan mereka; dan meningkatkan integrasi nasional seluruh rakyat Malaysia.

Keberkesanan kempen ini dapat dilihat apabila rakyat memberikan keutamaan terhadap barangan Malaysia menerusi trend peningkatan jualan bermula tahun 2019 sehingga 2021 di mana pada tahun lepas mencatatkan sebanyak RM142 juta jualan dan 1,070,340 jumlah StockKeeping-Unit (SKU) melalui marketplace, manakala rekod di pelbagai rangkaian hypermarket, pasaraya, kedai serbaneka dan kedai serbaneka di stesen minyak pula telah mencapai jualan sebanyak 173,239 SKU dan nilai jualan keseluruhan sebanyak RM3.08 billion.

KPDNHEP ingin menyeru agar Keluarga Malaysia mendukung pemulihan ekonomi negara dengan terus menyokong slogan “Juh Sapot Beli Barang Lokal”, “Jom Sokong dan Beli” dan sentiasa membuat pilihan yang tepat dengan membeli serta memilih barangan Malaysia yang sememangnya berkualiti dan setanding dengan produk-produk antarabangsa. Impak berbelanja secara berhemah dengan pilihan yang tepat mengikut keperluan akan menyebabkan kitaran ekonomi kembali aktif dan melimpah dalam manfaat kepada negara dan rakyat terutama memastikan wang negara tidak mengalir ke luar negara dan peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia sentiasa terjamin.” kata Alexander.

Tambah beliau, dari 15 Ogos 2022 sehingga 31 Oktober 2022, KPDNHEP Sarawak telah melaksanakan JMKM di 344 lokasi meliputi semua 82 DUN di Sarawak.

“Jumlah pengunjung dianggarkan seramai 309,600 orang dengan jualan mencecah RM10.7 juta. Maklumbalas orang ramai amat menyambut baik dan meminta JMKM ini diteruskan secara berkala serta mengakui bahawa harga yang ditawarkan lebih murah dan dapat meringankan beban kos sara hidup rakyat dalam situasi sekarang ini.” ujar Alexander.

 

Artikel Berkaitan :

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNACuaca @ My LNAUTAMA

NADMA laksanakan Operasi Pembenihan Awan di Sabah

SABAH, 28 Mac 2024 – Semalam Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) telah...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Ramadan dan limpahan barakahnya

Oleh: Prof. Madya Dr. Khadher Ahmad Kedatangan bulan Ramadan sangat ditunggu-tunggu oleh...

BM @ MY LNAEkonomi @ My LNAGaya Hidup @ My LNAPendapat @ My LNASukan @ My LNAUTAMA

Menilai kewajaran Malaysia tolak tawaran anjur Sukan Komanwel 2026

Oleh: Dr Mohd Zaidi Md Zabri Rentetan penarikan diri Victoria, Australia sebagai...

AMBM @ MY LNAJenayahUTAMA

JIM berjaya tumpaskan sindiket ejen pekerja asing, dua suspek berkahwin dengan warganegara Malaysia

PUTRAJAYA, 28 Mac 2024 – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) berjaya menumpaskan satu...